Skip to main content

Dunia

Hampir 73,400 jadi korban serangan Israel, lebih 174,000 lagi cedera - Kementerian Kesihatan Gaza

Palestinians attend the funeral of 112 members of the Hassayna and Abu Sharia clan, who were killed in an Israeli strike in 2023 and whose remains were recovered from beneath the rubble, according to Gaza's Civil Defense, in Gaza City, August 4, 2026. REUTERS/Dawoud Abu Alkas
Kementerian Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan memaklumkan sekurang-kurangnya dua rakyat Palestin terbunuh, manakala 14 individu lagi cedera dalam serangan terbaharu yang dilaporkan berlaku hari ini. -Gambar fail/Reuters
Advertisement

GAZA: Angka kematian rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dilaporkan terus meningkat susulan siri serangan tentera Israel dalam tempoh 48 jam lalu, lapor Al Jazeera.

Kementerian Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan memaklumkan sekurang-kurangnya dua rakyat Palestin terbunuh, manakala 14 individu lagi cedera dalam serangan terbaharu yang dilaporkan berlaku hari ini.

Menerusi kemas kini yang disiarkan di saluran Telegram rasminya, kementerian itu berkata sekurang-kurangnya 1,262 orang terbunuh manakala 4,168 lagi cedera sejak fasa perjanjian gencatan senjata tajaan Amerika Syarikat dimeterai pada Oktober tahun lalu.

Menurut kementerian itu, sejak konflik tercetus pada 7 Oktober 2023, siri serangan udara, bedilan artileri dan operasi darat oleh tentera Israel telah mengorbankan sekurang-kurangnya 73,391 rakyat Palestin di wilayah berkenaan.

Kementerian itu turut memaklumkan jumlah mangsa yang cedera kini mencecah 174,280 orang.

Menurut laporan pelbagai organisasi dan badan antarabangsa, konflik berterusan di Gaza telah mencetuskan tuduhan bahawa tindakan ketenteraan Israel berunsur pembunuhan beramai-ramai (genosid), dakwaan yang terus menjadi pertikaian di peringkat antarabangsa.

 

Must Watch Video

Advertisement