DUNIA
AS hampir muktamad perjanjian perdagangan dengan China

Pentadbiran Amerika Syarikat sedang dalam proses memuktamadkan perjanjian perdagangan dengan China, sambil menegaskan tarif yang lebih jelas akan dikenakan terhadap kebanyakan negara lain di dunia.
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata, pentadbirannya sedang dalam proses memuktamadkan perjanjian perdagangan dengan China, sambil menegaskan tarif yang lebih jelas akan dikenakan terhadap kebanyakan negara lain di dunia.
Berucap dalam satu acara berkaitan kecerdasan buatan (AI), di sini, pada Rabu, Trump turut memaklumkan, pentadbirannya juga sedang menjalankan rundingan perdagangan yang serius dengan Kesatuan Eropah (EU).
Beliau menambah, tarif yang lebih rendah akan dikenakan terhadap blok tersebut sekiranya EU membuka pasaran mereka kepada syarikat-syarikat dari Amerika .
Ini kerana, pembukaan pasaran oleh negara-negara luar adalah penting dalam usaha memperkukuh hubungan perdagangan antarabangsa.Menurut beliau, banyak negara telah membuka pintu pasaran mereka dan beberapa urus niaga luar biasa telah berjaya dimeterai bagaimanapun, disebabkan jumlah negara yang terlalu banyak, Amerika tidak dapat merundingkan perjanjian secara individu dengan setiap negara.
Dalam masa sama, Trump tidak memberikan butiran lanjut mengenai perjanjian yang sedang dirundingkan, namun kenyataan itu mencerminkan usaha berterusan pentadbiran beliau untuk merombak dasar perdagangan antarabangsa demi kepentingan ekonomi domestik.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami