awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya kerana berhijab, penyertaan Noor Alexandria dalam maraton terbatal

Sinar Harian
Sinar Harian
25/10/2019
13:33 MYT
Hanya kerana berhijab, penyertaan Noor Alexandria dalam maraton terbatal
Menurut Noor Alexandria, dia tidak menyedari namanya telah digugurkan daripada acara maraton. - Sinar Harian
Seorang gadis terkejut apabila penyertaanya dalam larian maraton dibatalkan gara-gara berhijab.
Noor Alexandria Abukaram, 16, memasuki acara maraton di sekolah tinggi Sylvania Northview dan berjaya tiba di garisan penamat, namun penyertaannya dibatalkan kerana dia tidak menghantar borang kebenaran untuk berhijab kepada pihak penganjur iaitu Persatuan Atlet Sekolah Tinggi Ohio (OHSAA).
Menurut gadis itu, dia tidak menyedari namanya telah digugurkan daripada acara maraton.
"Saya tidak tahu nama digugurkan, malah berjaya melepasi garisan penamat sejauh 5 kilometer dengan rekod 22 minit 22 saat. Apa yang berlaku ini sungguh mengecewakan," katanya sebak.
Dia juga sukar untuk menerima alasan pihak penganjur kerana memakai hijab adalah satu kewajipan buatnya.
"Tudung adalah sebahagian daripada hidup saya dan jika mereka meminta saya membuka tudung jika mahu menyertai maraton, ia adalah satu tindakan yang sangat memalukan," katanya.
Sementara itu, wakil OHSAA dalam satu kenyataan berkata, peserta berhijab perlu mengemukakan borang kebenaran untuk berhijab ketika menyertai pertandingan.
Bagaimanapun, amat malang buat Noor Alexandria apabila dia tidak menyerahkan apa-apa borang, sekali gus melanggar tatacara pemakaian pertandingan. - Agensi
Topic Berkaitan
#berhijab
#larian maraton
#Noor Alexandria Abukaram
#OHSAA
#Persatuan Atlet Sekolah Tinggi Ohio
#Sylvania Northview
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan