Rakyat Korea Utara pada Ahad menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengundi, namun dalam pilihan raya tersebut, hanya seorang yang jelas menjadi pemenangnya.
Parti Pekerja pimpinan Kim Jong Un sememangnya mempunyai cengkaman kuat dalam politik di negara yang dinamakan sebagai Republik Rakyat Demokratik Korea itu.
Setiap lima tahun sekali, rakyat Korea Utara yang layak mengundi perlu memilih 700 anggota untuk mengisi Dewan Tertinggi Rakyat, yang keseluruhannya mengukuhkan kedudukan parti pemerintah.
Begitupun, dengan memegang teguh pada slogan dan konsep ‘kesatuan’ Pyongyang, hanya terdapat satu nama dalam setiap kertas undi untuk ditandakan!
Para pengundi mempunyai peluang untuk ‘merasai’ pengalaman melihat nama calon tunggal yang tertera sebelum memasukkan undi itu ke dalam peti -- suatu kelaziman yang aneh dari pandangan para pemerhati politik antarabangsa.
Peratusan yang hadir mengundi dalam pilihan raya Korea Utara sebelum ini adalah 99.97 peratus, berdasarkan laporan agensi berita KCNA.
Hanya mereka yang berada di luar negara atau ‘bekerja di kawasan laut’ tidak mengambil bahagian dalam pemilihan tersebut.
Pastinya, hasil kiraan undi akan menunjukkan hasil 100 peratus untuk nama tunggal yang tertera dalam kertas undi tersebut.
“Kami menganggap semua orang di negara ini sebagai satu keluarga, maka kami akan bersatu dalam satu fikiran dan akan bersetuju dengan calon itu,” ujar pegawai dari Kesatuan Wanita Sosialis, Song Yang Ran, 57, kepada AFP.
Rakyat Korea Utara seperti Yang Ran selalunya menzahirkan sokongan penuh kepada pihak berkuasa apabila bercakap kepada media asing.
“Sistem kami adalah yang terbaik,” jawab Yang Ran apabila ditanya pendapatnya tentang konsep kertas undi yang mempunyai lebih daripada seorang calon.
"Kami tidak mengiktiraf sesiapa yang lain kecuali Pemimpin Agung kami. Kami akan terus mempertahankan kedudukan tertingginya,” tambahnya, merujuk pada Kim Jong Un.
Agensi
Sun Mar 10 2019

Kim Jong Un... tiada pemimpin 'hebat' seumpamanya di seluruh dunia. - Foto fail

PKP 2.0 | Tubuh badan khas yang lebih ketat
Beberapa sektor ekonomi perlu diberikan tumpuan khusus bagi membolehkan penguatkuasaan yang sistematik ke atas industri berkenaan.
![[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021) [INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1887479/8967789641611764359059_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021)

PdPR | Pusat Internet Komuniti beri manfaat kepada pelajar
Pusat Internet Komuniti (PIK) merupakan antara pendekatan yang boleh membantu menangani masalah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika ini. Bagi seorang pelajar Che Hafizal Farish Che Kheari, dia sering datang ke pusat internet komuniti di sebuah kampung di Tambun untuk mengulangkaji pelajaran.

10 Berita Pilihan - (27 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

SPM | Astro Tutor TV saji program 30 hari menjelang SPM
Mulai 23 Januari (Sabtu) ini, calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal disajikan dengan sorotan program istimewa, '30 Hari Menjelang SPM' di platform Astro Tutor TV.

Perkeso siasat kegiatan palsukan dokumen tuntutan faedah
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sedang melakukan siasatan dalaman bagi mengenal pasti kewujudan sebarang kegiatan pemalsuan dokumen rekod pesakit bagi tujuan tuntutan faedah. Ia susulan kes pemalsuan dokumen bagi tujuan tuntutan faedah melibatkan seorang pegawai perubatan di sebuah hospital di Pulau Pinang pada 25 Januari lepas.

PM ucap selamat menyambut Thaipusam
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sambutan Thaipusam kali ini terpaksa dibuat secara bersederhana tanpa perarakan besar seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

AWANI Ringkas: PERMAI | RM150 Juta lagi diperuntukkan untuk GKP
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Rogol anak tiri 105 kali, bapa dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 1,050 tahun dan sebatan maksimum 24 kali ke atas seorang lelaki.

AWANI Ringkas: Bayaran BPN 2.0 ambil masa seminggu dikreditkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pengisytiharan darurat tidak berlawanan prinsip demokrasi negara
Pengisytiharan darurat yang dilakukan Perdana Menteri, sama sekali tidak berlawanan dengan prinsip demokrasi negara.

Cheney undi untuk dakwa Trump
Perwakilan AS Liz Cheney, yang memegang jawatan tinggi dalam kepemimpinan Republik di Dewan Perwakilan, pada Selasa menyatakan memilih untuk mendakwa Presiden Donald Trump.

Kenapa takut dengan pendaftaran MUDA, soal Syed Saddiq
Jika benar MUDA adalah parti serpihan, parti nyamuk dan tiada sebarang pengaruh, mengapakah sukar untuk meluluskan pendaftaran parti tersebut, soal Syed Saddiq.

Demokrasi penyelesai masalah, bukan alat survival - MBM
Demokrasi sepatutnya menyelesaikan masalah anak muda dan bukannya menyokong sebarang percakaran politik bagi kepentingan atau survival pihak berkepentingan.

Ahli politik punca belia di Malaysia kecewa dengan demokrasi - Tinjauan
Anak muda dilihat tidak mempunyai masalah dengan sistem demokrasi namun merasakan ahli politik perlu mengubah cara mereka.

Fahami kehendak, kunci kembalikan keyakinan belia terhadap demokrasi - Undi18
Ahli politik perlu memahami masalah yang dialami belia terutama jika mereka mahu mempersiapkan diri untuk pilihan raya akan datang.

Keyakinan Generasi Milenium terhadap demokrasi kian berkurangan - Kajian
Golongan anak muda kini tidak lagi berpuas hati dengan sistem demokrasi sedia ada jika dibandingkan dengan generasi-generasi anak muda sebelumnya, kajian baharu melaporkan.

Politik Perak: Tumpuan pada Sultan Nazrin tentukan masa depan kerajaan negeri
Perak dianggap sebagai 'swing state' (senario politik negeri sering berubah) di mana sejak 2008 lagi, komposisi malah sokongan kepada kerajaan, sering berubah.

KPN letak kepercayaan penuh kepada Dewan Rakyat untuk luluskan Belanjawan 2021
Beliau bagaimanapun yakin sekiranya belanjawan tidak diluluskan, proses demokrasi di negara ini akan tetap berjalan lancar.

Aktivis pro-demokrasi Hong Kong Joshua Wong bakal dihukum penjara
Joshua didakwa bersama dua aktivis lain atas tuduhan menghasut, mengatur dan dengan sengaja menganjur perhimpunan haram pada 21 Jun 2019.