[TERKINI] Sistem Pendidikan Malaysia Berubah Bermula 2027: Darjah Satu Umur 6, Penilaian Murid Tahun 4 & Tingkatan 3 – Ini Perkara yang Ibu Bapa WAJIB Tahu
DUNIA

Harga emas catat rekod tertinggi baharu

Bernama 20/01/2026 | 10:50 MYT
Kenaikan harga emas berikutan pengenalan tarif AS ke atas barangan dari lapan negara Eropah, yang menjejaskan pasaran komoditi emas. - Gambar hiasan/ Reuters
MOSCOW: Harga emas melonjak lebih dua peratus pada Selasa, melepasi paras US$4,700 seauns troy buat kali pertama dalam sejarah, menurut data dagangan, lapor Sputnik/RIA Novosti.


Ringkasan AI
  • Harga emas melonjak lebih dua peratus pada Selasa, melepasi paras US$4,700, mencatatkan rekod baharu tertinggi sepanjang zaman menurut data dagangan.
  • Kenaikan harga emas berikutan pengenalan tarif AS ke atas barangan dari lapan negara Eropah, yang menjejaskan pasaran komoditi emas.
  • Niaga hadapan perak juga mengalami kenaikan sebanyak 6.23 peratus kepada US$94.052 seauns, mencerminkan ketidakstabilan pasaran global.


Setakat 5:10 GMT, harga niaga hadapan emas bagi bulan Februari di bursa New York Comex meningkat sebanyak US$108.71, atau 2.37 peratus, berbanding penutupan sebelumnya kepada US$4,704.11 seauns troy, sekali gus mencatatkan rekod baharu tertinggi sepanjang zaman.

Pada masa yang sama, niaga hadapan perak bagi bulan Mac melonjak 6.23 peratus kepada US$94.052 seauns.

Kenaikan harga emas terus memuncak pada awal minggu ini selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan pengenalan tarif sebanyak 10 peratus ke atas barangan dari lapan negara Eropah iaitu Denmark, Norway, Sweden, Perancis, Jerman, United Kingdom, Belanda, dan Finland, yang dijangka berkuat kuasa pada Februari.

Tarif berkenaan dijadualkan meningkat kepada 25 peratus kemudiannya dan akan kekal berkuat kuasa sehingga satu perjanjian mengenai pembelian Greenland oleh Amerika Syarikat dicapai.

--BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI





#harga emas #rekod tertinggi #emas naik harga #tarif AS