Skip to main content

Dunia

Harga minyak dunia dijangka kekal tinggi dalam masa terdekat

minyak, oil_AP
Bank Pusat Rusia pada Rabu menyatakan, harga mintak global akan menurun secara beransur-ansur. - Gambar hiasan/AP
Advertisement

MOSCOW: Harga minyak global dijangka kekal tinggi dalam masa terdekat, menurut Bank Pusat Rusia pada Rabu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Kebanyakan peserta bersetuju bahawa harga minyak berkemungkinan kekal tinggi dalam masa terdekat dan akan menurun secara beransur-ansur," menurut Bank Pusat itu dalam ringkasan perbincangan mengenai kadar utama.

Ringkasan itu menyatakan bahawa pengurangan rizab sepanjang tempoh konflik mungkin melambatkan peralihan pasaran minyak kepada lebihan bekalan.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

Must Watch Video

Advertisement