KUALA LUMPUR: Harga minyak mentah Brent meneruskan aliran menaik untuk ditutup pada US$89 (US$1=RM4.19) setong dalam persekitaran berkemungkinan berlaku gangguan bekalan berikutan ketegangan yang berlaku di Asia Barat ketika ini.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade, Thong Pak Leng berkata harga minyak mentah Brent dijangka mencecah melebih paras US$90 setong dalam tempoh terdekat ini berikutan ketegangan politik disebabkan oleh kejadian serangan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini dan pertikaian antara Rusia dan negara-negara Barat berhubung konflik di Ukraine.
Ketika berita ini ditulis, Brent meningkat 0.41 peratus kepada US$87.87 setong manakala West Texas Intermediate naik US$67 peratus kepada US$86 setong.
Pasaran minyak dipengaruhi oleh pengumuman politik daripada pihak seperti Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan Amerika Syarikat (AS), pembekal minyak utama dan pemacu utama harga minyak.
Antara punca gangguan politik yang mempengaruhi pasaran minyak selama bertahun-tahun adalah Asia Barat, rantau tersebut memainkan peranan penting dalam bekalan global.
Pada Isnin, serangan dron di UAE disyaki dilakukan pemberontak Houthi dari Yaman telah meletupkan tiga kapal tangki bahan api, tiga orang maut akibat serangan tersebut.
Harga minyak mencecah paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun pada Selasa kerana peniaga bimbang serangan ke atas kemudahan penyimpanan bahan api di UAE akan menjejaskan bekalan.
Sebagai tindak balas, pakatan yang diketuai Arab Saudi menyerang ibu kota Yaman, Sanaa menerusi serangan udara, sebanyak 20 orang dilaporkan terkorban dalam serangan itu.
Serangan ke atas negara yang kaya dengan minyak dan jangkaan bahawa permintaan akan meningkat menyebabkan harga minyak mencecah paras tertinggi sejak Oktober 2014.
Minyak mentah Brent melonjak 1.0 peratus untuk mencecah US$87.22 setong.
Kenaikan harga lebih tinggi di AS, di mana minyak mentah West Texas Intermediate meningkat 1.3 peratus kepada US$84.89 setong.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata wujud peluang yang baik bahawa harga minyak mentah mungkin kekal tinggi memandangkan kekurangan pelaburan dalam industri itu, ia akan menjadikan sektor itu terdedah kepada lonjakan permintaan yang mendadak.
Sebagai contoh, beliau berkata jumlah pelantar minyak yang beroperasi secara global setakat Disember 2021 berjumlah 1,563 unit berbanding 3,570 unit pada akhir tahun 2014.
Beliau berkata tiada siapa yang boleh meramalkan bagi mengetahui sama ada harga minyak mentah yang tinggi akan berlanjutan ketika usaha ke arah pengeluaran tenaga hijau dijangka meningkat dengan pantas berikutan inisiatif karbon bersih-sifar menjelang tahun 2050 melibatkan banyak bidang kuasa.
"Peralihan itu boleh menyebabkan harga lebih tinggi dan selepas itu ia kembali turun sekiranya tenaga hijau diutamakan dan mencapai jumlah yang mencukupi dalam pengeluaran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 19 2022

Serangan ke atas negara yang kaya dengan minyak dan jangkaan bahawa permintaan akan meningkat menyebabkan harga minyak mencecah paras tertinggi sejak Oktober 2014. - Gambar/ Reuters

Common Sense@AWANI (CSA) | Sesi 'startup' bersama MOSTI
Apa cabaran dan realiti baharu yang perlu dihadapi oleh syarikat pemula niaga (startup) khususnya ketika negara sedang dalam peralihan endemik? Sejauh mana strategi diperkasakan ke arah merealisasikan aspirasi mewujudkan 5,000 syarikat pemula (startup) menjelang 2025? Saksikan ‘Startups Engagement’ bersama Menteri MOSTI Datuk Seri Dr. Adham Baba dalam program Common Sense @ AWANI.

Tutup Ladang Ayam | KPDNHEP Melaka optimis bekalan ayam tidak terjejas
KPDNHEP Melaka optimis penutupan dua hari sebuah ladang ternakan ayam di negeri itu pada sabtu dan ahad, tidak menjejaskan rantaian bekalan makanan. Pengarahnya Norena Jaafar menegaskan, penutupan berkenaan juga tiada kaitan dengan isu protes oleh sekumpulan penternak mahupun kartel seperti yang didakwa pihak tertentu. Siasatan KPDNHEP Melaka mendapati penutupan dua hari ladang ternakan itu adalah disebabkan ayam hidup di ladang yang terletak di Merlimau, Jasin itu mengalami pertumbuhan yang lambat dan berat badan tidak mencapai kadar yang sepatutnya.

Kuskop sasar lahir lebih ramai usahawan bekas banduan, penagih dadah
Kuskop menyasarkan untuk melahirkan lebih banyak usahawan yang terdiri daripada bekas banduan, bekas penagih dadah dan OKU.

Jom Tengok Bola | Uniti bersama Harimau Malaya
Kementerian Perpaduan Negara & Astro AWANI Menganjurkan Jom Tengok Bola Uniti Bersama Harimau Muda di Restoran Hakim (Baru) Jalan Kristal Seksyen 7 Shah Alam

COVID-19 | Arahan kuarantin kepada ribuan rakyat Korea Utara
Korea Utara mengeluarkan arahan kuarantin kepada ribuan pesakit yang disyaki dijangkiti COVID-19 selain menggesa mereka yang mengalami gejala ringan untuk minum minuman herba. Sebagai langkah proaktif membendung penularan COVID-19, perjalanan di antara wilayah telah diharamkan dan ratusan ribu pekerja telah diarah untuk melakukan ujian saringan bagi memastikan kesihatan mereka terjamin.

Sukan SEA Hanoi | Skuad gimrama negara pertahankan pingat emas
Lagi pingat emas disumbangkan kontinjen negara pada Sukan SEA Hanoi termasuklah daripada skuad gimrama negara, sekali gus meletakkan sasaran 36 pingat itu pada temasya kali ini semakin hampir direalisasikan. Perincian lanjut bersama Wartawan Astro ARENA, Karl Nunis di Hanoi, Vietnam.

COVID-19 | Kes tidak naik mendadak, Khairy ucap tahniah
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin percaya rakyat Malaysia ada kemampuan untuk menjayakan fasa peralihan ke endemik dan ia terbukti apabila tiada peningkatan mendadak kes COVID-19 direkodkan selepas sambutan Aidilfitri.

Perang Rusia-Ukraine | Cetus krisis makanan dunia
Perang di Ukraine mewujudkan krisis keselamatan makanan global paling hebat pada zaman ini. Itu kata, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken, bahawa Rusia dan Ukraine menghasilkan satu pertiga daripada bekalan gandum di dunia. Peperangan antara kedua-dua negara itu menyebabkan harga makanan melambung tinggi dan ketidakpastian tentang masa depan keselamatan makanan di seluruh dunia, terutamanya di negara miskin.

Ringgit Jatuh | Cecah RM4.40 kepada dolar AS pertama kali sejak 2020
Ringgit cecah paras RM4.40 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) buat kali pertama sejak permulaan pandemik COVID-19 pada Mac 2020. Dalam pembukaan dagangan pagi tadi, mata wang tempatan didagang pada paras 4.404 berbanding dolar.

Buli, Gangguan Seksual | Radzi umum 8 anggota jawatankuasa khas KPM
Lapan individu dilantik menganggotai Jawatankuasa Khas Bagi Meneliti dan Menambahbaik Prosedur Pengendalian Kes Gangguan Seksual dan Buli. Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin, jawatankuasa itu akan dipengerusikan mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Habibah Abdul Rahim.

Harga minyak melonjak selepas dua hari merudum
Harga minyak kembali melonjak pada Rabu sekali gus dapat memulihkan beberapa kerugian besar yang dialami industri awal minggu ini

Harga minyak global turun 1% berikutan gencatan senjata UAE dan Houthi
Kerugian awal minggu ini berlaku selepas harga minyak turun sekitar 13% minggu lepas.

Bursa Malaysia dibuka rendah sejajar prestasi lemah Wall Street
Seorang peniaga berkata peperangan yang berterusan di Ukraine serta kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dilihat terus membelenggu sentimen pasaran secara keseluruhannya.

Kerajaan pantau kenaikan harga minyak, gandum dan bijirin - Tok Pa
Kenaikan mendadak harga minyak mentah dunia turut memberikan cabaran kepada pengurusan kewangan negara.

Bursa Malaysia dibuka rendah, menjejaki prestasi Wall Street
Pada 9.06 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 6.10 mata kepada 1,612.44 daripada 1,618.54 pada akhir dagangan semalam.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar, disokong pengukuhan harga minyak
Nilai ringgit terus meningkat untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS, disokong oleh pengukuhan harga minyak mentah.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 9.02 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.1855/1905 berbanding dolar AS daripada 4.1880/1915 pada penutup hari Jumaat.

Harga minyak mentah Brent meningkat berikutan ketegangan di Asia Barat
Antara punca gangguan politik yang mempengaruhi pasaran minyak selama bertahun-tahun adalah Asia Barat, rantau tersebut memainkan peranan penting dalam bekalan global.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9.01 pagi, unit tempatan naik kepada 4.1120/1150 berbanding dolar AS daripada 4.1130/1150 semasa ditutup pada Isnin.

Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan kestabilan harga MSM, minyak Brent
Bursa Malaysia meneruskan momentum peningkatannya sewaktu dibuka hari ini berikutan sentimen pasaran telah disokong oleh kestabilan harga minyak mentah (MSM) dan harga penanda aras minyak mentah Brent