Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
DUNIA

Harga minyak mentah Brent susut kepada US$66 setong

Bernama 08/08/2025 | 11:10 MYT
Harga minyak mentah global pada Jumaat mencatatkan penurunan kira-kira satu peratus. - Gambar hiasan/ Reuters
MOSCOW: Harga minyak mentah global pada Jumaat mencatatkan penurunan kira-kira satu peratus, dengan harga setong minyak mentah Brent turun di bawah US$66 buat pertama kali sejak 6 Jun, menurut data dagangan.

Setakat 06:28 GMT, harga niaga hadapan minyak mentah Brent bagi penghantaran Oktober susut 0.4 peratus kepada US$69.01 setong kepada US$65.94, buat pertama kali sejak 6 Jun. Niaga hadapan minyak mentah WTI bagi penghantaran September pula turun 0.85 peratus kepada US$63.34.

-- BERNAMA



#harga minyak dunia #Brent