awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aplikasi Daun dikemas kini dengan antara muka baharu, tersedia untuk Android dan iPhone
Peguam ditahan disyaki subahat seludup dadah ke penjara
Penduduk Kuching diminta siap siaga hadapi banjir ketika air pasang besar pada 2 dan 4 Jan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga petrol AS turun selepas pelepasan rizab strategik - Biden

Astro Awani
Astro Awani
24/11/2021
00:15 MYT
Harga petrol AS turun selepas pelepasan rizab strategik - Biden
Joe Biden berucap di White House, Washington, 22 Nov, 2021. - Gambar fail AP
PRESIDEN Joe Biden mengarahkan pelepasan 50 juta tong minyak dari rizab strategik Amerika.
Langkah ini sebahagian tindakan penyelarasan dengan negara pengguna utama lain termasuk India, United Kingdom dan China, bagi membantu mengurangkan kos tenaga.
Tindakan Amerika ini adalah sebagai serampang dua mata.
Pertama, bagi membantu pasaran tenaga global.
Kedua, membantu rakyatnya menghadapi inflasi yang lebih tinggi dan kenaikan harga menjelang perayaan hari kesyukuran dan perjalanan percutian musim sejuk.
Menurut Persatuan Automobil Amerika, harga petrol berada pada kira-kira 3.40 dolar segelen, 50% lebih tinggi daripada setahun yang lalu.
Biden berkata, walaupun tindakan gabungan tidak akan menyelesaikan masalah harga gas yang tinggi semalaman, ia akan membuat perubahan tidak lama lagi.
Kerajaan akan mula memindahkan tong ke pasaran pada pertengahan hingga akhir Disember.
Harga minyak telah jatuh menjelang pengeluaran yang diumumkan, petanda bahawa pelabur menjangkakan langkah yang boleh membawa gabungan 70 juta hingga 80 juta tong minyak ke pasaran global.
Pengumuman Biden turut disusuli beberapa negara lain.
India nyatakan kesediaan melepaskan 5 juta tong daripada rizab strategiknya.
Britain pula mengesahkan ia akan melepaskan sehingga 1.5 juta tong daripada simpanannya.
Jepun dan Korea Selatan turut mengambil bahagian.
Pegawai pentadbiran berkata ia adalah pelepasan terselaras terbesar daripada rizab strategik global.
Tindakan Amerika Syarikat dan lain-lain negara juga berisiko mencetus tindak balas oleh Negara-negara Teluk, terutamanya Arab Saudi, dan oleh Rusia.
Arab Saudi dan negara-negara teluk yang lain sebelum ini bertegas mahu mengawal bekalan untuk mengekalkan harga tinggi buat masa ini.
Topic Berkaitan
#harga minyak
#Joe Biden
#Amerika Syarikat
#Arab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan