AMERIKA Syarikat dan beberapa negara lain pada Khamis meningkatkan sasaran pengurangan gas hijau masing-masing.

Komitmen itu dinyatakan ketika Sidang Kemuncak Perubahan Iklim, yang dihoskan Presiden Joe Biden.

Sidang ini diadakan serentak secara maya sempena sambutan Hari Bumi.

Ia disertai pemimpin dari 40 negara, termasuk pengeluar gas hijau terbesar dunia - China, India dan Rusia.

Sidang kali ini memperkukuh kepimpinan Amerika dalam perang menentang pemanasan global.

Bagi Washington, ia menetapkan pemotongan gas hijau pada kadar 50 ke 52 peratus dari paras 2005.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menyifatkan sasaran baharu Amerika sebagai satu faktor perubahan dalam isu pemanasan global.

Negara-negara lain termasuk Jepun dan Perancis pula komited untuk mengurangkan pengeluaran gas hijau antara 40 dan 45 peratus.

Sebahagian besar negara lain bagaimanapun tidak menawarkan komitmen baharu dalam isu berkenaan.

China, menerusi Presiden Xi Jin Ping menegaskan ia menyasarkan pengeluaran gas hijau akan memuncak sebelum 2030.

Ia berhasrat mencapai pengeluaran gas hijau sifar menjelang 2060.