Hari Raya Aidiladha: Umat Islam di Pakistan lakukan persediaan

Astro Awani
Julai 4, 2022 01:00 MYT
Penduduk setempat memerhatikan kerja-kerja persediaan untuk melakukan korban. - Foto AP
KARACHI: Persiapan menyambut Hari Raya Aidiladha, atau Hari Raya Korban sedang giat dijalankan di Karachi, Pakistan.
Persediaan dilakukan bagi mengadakan solat berjemaah, ziarah-menziarahi dan penyembelihan ternakan bagi mengagihkan daging korban kepada golongan yang memerlukan.
Dengan cuti perayaan Aidiladha yang tinggal beberapa hari lagi, umat Islam di Karachi melakukan persediaan dengan membawa lembu-lembu korban.
Umat Islam secara tradisinya menyambut Hari Raya Aidiladha dengan menyembelih haiwan ternakan.
Penduduk setempat memerhatikan kerja-kerja persediaan untuk melakukan korban.
Kanak-kanak tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan lembu-lembu yang akan dijadikan korban pada Hari Raya Aidilahda nanti.
Daging haiwan yang dikorbankan dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan dan orang miskin yang tidak mampu untuk mengorbankan haiwan sebagai tanda pemurah untuk menggalakkan keharmonian sosial.
#Aidiladha #persiapan #lembu #korban