INTERNATIONAL
Harris janji usaha tamatkan konflik di Gaza jika dipilih sebagai Presiden AS

Harris memerlukan kemenangan di tujuh negeri medan pertempuran penting, termasuk Michigan, untuk meningkatkan peluangnya dalam pilihan raya yang sengit melawan bekas Presiden Donald Trump. -Gambar fail/Reuters
WASHINGTON: Calon Parti Demokrat Kamala Harris pada Ahad berjanji untuk melakukan segala yang terdaya untuk menamatkan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza yang terkepung sekiranya beliau dipilih sebagai presiden, lapor Agensi Anadolu.
Ringkasan AI
- Calon Parti Demokrat, Kamala Harris, berjanji untuk menamatkan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza jika dipilih sebagai presiden, dan menekankan pentingnya menyelesaikan konflik serta memastikan keselamatan dan hak rakyat Palestin.
- Harris memerlukan kemenangan di tujuh negeri medan pertempuran penting, termasuk Michigan, untuk meningkatkan peluangnya dalam pilihan raya yang sengit melawan bekas Presiden Donald Trump.
- Pilihan Raya AS dijadualkan pada 5 November, dengan lebih 78 juta rakyat Amerika telah mengundi awal, dan keputusan pilihan raya akan menentukan masa depan jawatan presiden, Kongres, serta beberapa pemilihan di peringkat negeri dan tempatan.
Harris amat memerlukan kemenangan di tujuh negeri medan pertempuran penting dalam kitaran pilihan raya tahun ini di tengah-tengah persaingan sengit dengan bekas Presiden dan calon Republikan Donald Trump di peringkat nasional.
Kompilasi tinjauan yang disusun oleh laman sesawang RealClearPolitics menunjukkan Trump mendahului hanya 0.1 peratus di peringkat nasional, dengan lima tinjauan menunjukkan mereka terikat.
Michigan, dengan komuniti Arab dan Muslim yang besar serta 15 undi badan perwakilan pemilih yang dipertaruhkan, adalah penting untuk prospek pemilihan Harris.
Ia bersama-sama Arizona, Georgia, Nevada, Carolina Utara, Pennsylvania, dan Wisconsin dianggap sebagai negeri penentu pada tahun ini.
Michigan, Pennsylvania dan Wisconsin -- yang pernah dianggap sebagai kubu kuat Demokrat -- sekali lagi menjadi medan pertempuran penting. Dikenali sebagai "tembok biru," negeri-negeri ini jatuh kepada Trump pada 2016, tetapi berjaya dikembalikan oleh Presiden Joe Biden pada 2020.
Harris dan Trump masing-masing telah menghabiskan banyak masa berkempen di negeri-negeri ini dengan memahami bahawa mana-mana satu daripadanya boleh menentukan keputusan pilihan raya.
Pilihan Raya AS dijadualkan pada 5 Nov dengan rakyat Amerika akan menentukan bukan sahaja masa depan jawatan presiden tetapi juga Kongres serta beberapa pemilihan di peringkat negeri dan tempatan.
Lebih 78 juta rakyat Amerika telah mengundi awal, menurut data yang diterbitkan oleh Makmal Pilihan Raya Universiti Florida.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami