[TERKINI] Skandal 1MDB: Bradley Hope Dedah Jho Low Hidup Mewah di Shanghai – Dapatkan Perincian Di Sini
DUNIA

Harris peroleh cukup sokongan bagi pencalonan presiden parti Demokrat

Bernama 23/07/2024 | 05:01 MYT
Lebih 2,200 perwakilan dari lebih 30 negeri telah mengesahkan sokongan mereka kepada Harris sebagai calon. - Foto Reuters
WASHINGTON: Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris memperoleh sokongan yang mencukupi bagi memenangi pencalonan presiden Demokrat, lapor media tempatan pada Isnin.

Selepas Presiden Joe Biden pada Ahad mengumumkan untuk tidak bertanding semula pada 5 Nov dan menyatakan sokongan beliau terhadap Harris sebagai calon Parti Demokrat, beliau secara rasmi melancarkan kempen presidennya.

Lebih 2,200 perwakilan dari lebih 30 negeri telah mengesahkan sokongan mereka kepada Harris sebagai calon, menurut laporan.

Konvensyen Nasional Demokrat dijadualkan berlangsung di Chicago dari 19-22 Ogos.

-- BERNAMA

#Kamala Harris #Amerika Syarikat #calon presiden #Parti Demokrat