awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harta bekas Menteri Minyak Iraq dirampas kerana dakwaan rasuah

Bernama
Bernama
14/08/2023
02:50 MYT
Harta bekas Menteri Minyak Iraq dirampas kerana dakwaan rasuah
Ihsan Abdul-Jabbar Ismail (gambar) berkhidmat sebagai Menteri Minyak pada 2020 di bawah kerajaan bekas perdana menteri Mustafa al-Kadhimi. - Gambar fail
BAGHDAD: Pihak berkuasa kehakiman Iraq pada Ahad mengeluarkan perintah supaya merampas harta bekas menteri minyak negara itu, Ihsan Abdul-Jabbar Ismail, atas tuduhan salah guna jawatan dan penipuan, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Iraq (INA).
Keputusan itu dibuat selepas mahkamah mendapati Ismail menyalahgunakan kedudukannya dan menerima rasuah daripada beberapa pelabur yang mempunyai kontrak dengan Kementerian Minyak.
Ismail berkhidmat sebagai menteri minyak pada 2020 di bawah kerajaan bekas perdana menteri Mustafa al-Kadhimi.
Sebelum itu, beliau adalah ketua pengarah Basra Oil Company milik kerajaan.
Menurut laporan media awal tahun ini, badan kehakiman Iraq telah meneliti dakwaan rasuah terhadap Ismail, termasuk penyitaan dan penjualan haram tanah milik kementerian di Baghdad dan Basra, serta dakwaan beliau telah menuntut bayaran daripada firma asing sebagai pertukaran untuk pemberian kontrak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rasuah
#Iraq
#rampas harta bekas menteri
#Ihsan Abdul-Jabbar Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan