Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
DUNIA

Hatyai dilanda banjir, pelancong Malaysia terkandas di hotel

Sinar Harian 22/11/2025 | 06:00 MYT
Ramai pelancong dan pemandu kenderaan terpaksa menunggu berjam-jam selepas pihak berkuasa Thailand mengehadkan pergerakan masuk ke bandar demi keselamatan.
KUALA LUMPUR: Hujan berterusan sejak semalam mengakibatkan beberapa kawasan di Hatyai, Thailand dilanda banjir kilat, sekali gus menyebabkan ratusan rakyat Malaysia terkandas di daerah itu termasuk di sempadan seperti Danok dan Bukit Kayu Hitam.

Ramai pelancong dan pemandu kenderaan terpaksa menunggu berjam-jam selepas pihak berkuasa Thailand mengehadkan pergerakan masuk demi keselamatan susulan paras air yang meningkat di beberapa laluan utama menuju ke pusat bandar Hatyai.

Menerusi perkongsian Fatin Shaida di laman Threads, dia bersama keluarga sepatutnya pulang ke tanah air pada hari ini, namun dimaklumkan jalan utama untuk keluar dari Hatyai tidak selamat digunakan buat sementara waktu.

"Situasi sekarang (pagi tadi) depan Asian Hotel Hatyai, hujan masih belum berhenti. Air mula naik hingga paras lutut," katanya.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Difahamkan, pihak berkuasa Thailand sedang giat menjalankan kerja-kerja pemantauan dan mengarahkan kenderaan berat serta lori untuk membantu memindahkan mangsa yang terperangkap di kawasan rendah.

Seorang lagi pengguna Threads, Atiqah Syazwani berkata, kawasan hotel tempat dia dan keluarga menginap turut dinaiki air.

"Hatyai hujan tak berhenti sejak kelmarin hingga Jumaat. Hari ni kawasan hotel semua dah naik air. Doakan kami satu keluarga semua selamat.

"Yang mana merancang nak ke Hatyai, lebih baik tangguh dahulu. Kami semua satu keluarga terkandas dalam hotel sebab banjir. Nak ke mana pun tak boleh," katanya.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Seorang lagi pengguna Threads, Farhana Zulkiflee memberitahu, kawasan botel yang dia menginap tidak pernah dinaiki air namun dilanja banjir kali ini.

"Tempat ni tak pernah banjir, orang sekeliling pun beritahu. Tiba-tiba naik air. Tolong doakan Fana dan keluarga selamat, kami terperangkap di sini, doakan kenderaan kami selamat juga," katanya. - Sinar Harian

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.







#banjir Hatyai #Hatyai banjir #rakyat Malaysia terkandas #danok banjir