[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
INTERNATIONAL

Heboh seekor rakun panjat menara, tercabarkah Spiderman?

Agensi 13/06/2018 | 04:57 MYT
Rakun tersebut memanjat menara itu sehingga ketinggian lebih dari 60 meter dan sesekali dilihat berhenti di tingkap menara itu untuk berehat. -Foto AP
Anda mungkin merasakan labah-labah adalah haiwan paling berani melawan ketinggian seperti yang dilihat di kebanyakan filem-filem fiksyen sehingga watak adiwira 'Spiderman' diwujudkan.
Namun aksi seekor rakun yang dilihat memanjat bangunan sejak semalam ternyata mengejutkan.
Pada awalnya, rakun terbabit dilihat berada di bumbung sebuah blok pejabat sebelum cuba diselamatkan oleh pekerja penyelenggaraan bangunan. Namun, rakun itu tiba-tiba melompat ke menara UBS iaitu pencakar langit terbesar di Minnesota, Amerika Syarikat.
Rakun tersebut memanjat menara itu sehingga ketinggian lebih dari 60 meter dan sesekali dilihat berhenti di tingkap menara itu untuk berehat seperti yang dilaporkan The Guardian.
Berikutan insiden itu, radio tempatan iaitu MPR News terlebih dahulu menghebahkan aksi rakun itu sebelum kemudiannya menjadi tular dan mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial dengan hashtag #MPRraccon
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Seperti dilaporkan Buzzfeed, jurucakap Jabatan Kawalan Haiwan St Paul, Laurie Brickly bagaimanapun menjelaskan, adalah terlalu berisiko untuk menghantar mana-mana anggota bagi menyelamatkan haiwan itu. Hal itu mungkin menyebabkan rakun itu terkejut dan terjatuh.
Maka, mereka terpaksa menunggu sehingga rakun itu tiba di bahagian atas menara. Mereka akan memerangkap haiwan itu dengan menyediakan makanan yang enak sebelum membawa rakun itu turun.
Namun sehingga berita ini ditulis nasib rakun itu belum diketahui.
#Amerika Syarikat #Menara UBS #Minnesora #MPR News #panjat bangunan #Rakun