Beberapa helikopter telah dikerahkan pada hari Isnin untuk menyelamatkan pendaki yang masih terkandas di Gunung Everest selepas gempa bumi mencetuskan runtuhan salji dan membunuh sekurang-kurangnya 18 orang di puncak tertinggi di dunia.
Tiga helikopter dihantar untuk menyelamatkan kira-kira 150 pendaki terperangkap di Kem Satu dan Dua selepas runtuhan salji pada Sabtu, sekali gus memutuskan hubungan dari kem pangkalan.
Pendaki lain, yang mengalami cedera ringan, dibawa ke kem pangkalan dan bukannya di tapak gunung, kata Ketua Jabatan Pelancongan Tulsi Gautama kepada AFP.
"Kami telah menggunakan tiga helikopter hari ini untuk membawa para pendaki turun dari Kem Satu dan Dua. Mereka selamat tetapi kita masih perlu membawa mereka ke bawah kerana sebahagian daripada laluan rosak," kata Gautam.
Beliau berkata musim mendaki mungkin dibatalkan berikutan runtuhan salji yang melanda susulan gempa bumi besar yang melanda bahagian Nepal.
"Ada kemungkinan bahawa sesi mendaki tidak akan diteruskan musim ini. Walau bagaimanapun, tiada keputusan rasmi lagi," katanya.
Helikopter telah selamatkan puluhan pendaki dan pasukan masing-masing di kem pangkalan setelah runtuhan salji pada Sabtu.
Terdapat lebih daripada 800 orang di tempat-tempat yang berbeza di atas gunung, yang juga telah merasakan satu siri gempa susulan, kata seorang pegawai.
Ramai telah mengembara ke Nepal untuk permulaan musim mendaki, yang dibatalkan tahun lalu selepas 16 orang Sherpa terbunuh dalam bencana yang disikfatkan sebagai paling dahsyat dalam sejarah gunung.
Pendaki dari Romania Alex Gavan melaporkan usaha pemindahan di media sosial.
"Usahan pemindahan diteruskan di Kem 1 dan 2. Tiga helikoper terbang tanpa henti. Hanya dua orang diambil dalam setia perjalanan kerana ketinggian tinggi. Cuaca baik.," kata beliau.
Seorang lagi pegawai pelancongan, Gyanendra Shrestha Kumar, melaporkan dianggarkan kira-kira 150 orang terkandas pada di antara Kem Satu dan Dua.
AFP
Mon Apr 27 2015
Tiga helikopter dihantar untuk menyelamatkan kira-kira 150 pendaki terperangkap di Kem Satu dan Dua selepas runtuhan salji pada Sabtu. -Gambar AFP
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Amaran tsunami ditarik balik selepas gempa 7.0 pada skala Richter landa California
Gempa berlaku lebih 60 batu di barat daya Ferndale, Humboldt County, manakala pusat gempa terletak 45 batu di barat daya Eureka.
Gempa bumi lemah dikesan di Tawau
Pusat gempa terletak 4.5 darjah utara dan 118.1 darjah timur dengan kedalaman 10km, iaitu sekitar 17km dari pusat bandar Tawau.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gempa bumi kuat landa Rantau New Ireland, Papua New Guinea
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 pada skala Richer dikesan berlaku di Rantau New Ireland, Papua New Guinea pada 1.28 tengah hari tadi.
Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud gegar timur Indonesia
Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud melanda perairan timur wilayah Maluku Utara, Indonesia, pada Isnin.
Lebih 10 juta rakyat California sertai simulasi gempa bumi
Lebih 10 juta penduduk California pada Khamis menyertai simulasi tahunan kesiapsiagaan gempa bumi terbesar di dunia, lapor Xinhua.
Timur Turkiye digegarkan gempa bumi berukuran 5.9 magnitud
Gempa itu dilaporkan turut dirasai di wilayah sekitar termasuk Elazig dan Diyarbakir.
Gempa bumi kuat landa Luar Pantai Costa Rica
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.