INTERNATIONAL

Helikopter bawa 20 anggota marin AS terhempas di Australia

Bernama 27/08/2023 | 06:30 MYT
Nahas helikopter itu berlaku berhampiran Pulau Melville. - Gambar fail/ Wikipedia
MOSCOW: Helikopter tentera V-22 Osprey, yang membawa kira-kira 20 anggota marin AS, terhempas semasa latihan Predators Run di luar pantai bandar Darwin di utara Australia, Sputnik memetik laporan Sky News Australia pada Ahad, memetik sumber.

Nahas helikopter itu berlaku pada 01:30 GMT berhampiran Pulau Melville, lapor penyiar itu menambah insiden tersebut mungkin mengorbankan nyawa, kerana beberapa anggota masih hilang.

Latihan itu, yang melibatkan tentera dari Amerika Syarikat, Australia, Indonesia, Filipina dan Timor-Leste, akan digantung susulan nahas itu, kata laporan tersebut.

--BERNAMA-SPUTNIK



TAGS: AS, Australia, latihan tentera, helikopter terhempas, marin
#Amerika Syarikat #helikopter terhempas #Australia #latihan tentera