Helikopter bawa 6 penumpang terhempas di Nepal

Bernama
Julai 11, 2023 09:42 MYT
Sebuah helikopter yang membawa lima penumpang warga asing dan juruterbangnya terhempas di daerah pergunungan Nepal pada Selasa. -Foto Sinar Harian
KATHMANDU: Sebuah helikopter yang membawa lima penumpang warga asing dan juruterbangnya terhempas di daerah pergunungan Nepal pada Selasa, tetapi nasib mereka masih belum diketahui, kata seorang pegawai tempatan.
Helikopter malang milik Manang Air itu terputus hubungan 15 minit selepas berlepas dari Surke di daerah Solukhumbu ke Kathmandu, ketua pegawai daerah Solukhumbu Basant Bhattarai memberitahu Xinhua.
"Helikopter itu terhempas di kawasan Lamjura di daerah ini. Kami sudah mengerahkan pasukan keselamatan ke lokasi nahas," katanya.
Pegawai itu menambah butiran nahas akan diperoleh sebaik pasukan keselamatan tiba di lokasi.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal dalam ciapannya berkata pihaknya menghantar sebuah helikopter untuk operasi menyelamat.
-- BERNAMA
#helikopter terhempas #pergunungan Nepal #Manang Air #Solukhumbu ke Kathmandu