DUNIA
Helikopter Eastindo Air dilapor hilang dijumpai terhempas, enam terkorban
Helikopter BK117 D3 milik Eastindo Air terhempas dan terbakar di hutan Kalimantan Selatan, mengorbankan enam individu. -AP
BANJARBARU: Sebuah helikopter jenis BK117 D3 milik syarikat penerbangan Eastindo Air dilaporkan terhempas dan terbakar di kawasan hutan berhampiran Air Terjun Mandin Damar, di Kalimantan Selatan, pada Rabu, mengorbankan sekurang-kurangnya enam individu.
Ringkasan AI
Menurut kenyataan rasmi Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas), helikopter tersebut dilaporkan hilang hubungan pada pagi Isnin, 1 September, ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Gusti Syamsir Alam, Kotabaru menuju ke Palangka Raya, Kalimantan Tengah.
Pasukan SAR darat menemui bangkai helikopter yang hangus terbakar pada koordinat 03° 5’6” S – 115° 37’39.07” E sekitar jam 2.45 petang waktu tempatan, selepas tiga hari operasi mencari dijalankan melibatkan lebih 200 anggota dari pelbagai agensi termasuk tentera, polis, dan komuniti tempatan.
Visual dari lokasi menunjukkan hanya bahagian ekor helikopter berwarna hijau dan biru yang masih dapat dikenal pasti, manakala selebihnya musnah dalam kebakaran.
Cuaca buruk dan keadaan hutan yang tebal menyukarkan usaha evakuasi dan pencarian mangsa.
Daripada lapan individu yang berada dalam helikopter, enam mayat telah dikenal pasti termasuk juruterbang Kapten Haryanto dan jurutera Hendra.
Dua lagi mangsa masih belum ditemui dan operasi pencarian diteruskan. Mangsa lain yang dikenal pasti termasuk warga asing dari Amerika Syarikat, Brazil dan India.
Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca nahas, termasuk kemungkinan kerosakan teknikal sebelum pesawat hilang dari radar.
Ringkasan AI
- Helikopter BK117 D3 milik Eastindo Air terhempas dan terbakar di hutan Kalimantan Selatan, mengorbankan enam individu.
- Helikopter hilang hubungan pada 1 September dan ditemui selepas tiga hari operasi SAR melibatkan lebih 200 anggota.
- Mangsa termasuk juruterbang, jurutera dan warga asing; siasatan dijalankan untuk mengenal pasti punca nahas.
Menurut kenyataan rasmi Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas), helikopter tersebut dilaporkan hilang hubungan pada pagi Isnin, 1 September, ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Gusti Syamsir Alam, Kotabaru menuju ke Palangka Raya, Kalimantan Tengah.
Pasukan SAR darat menemui bangkai helikopter yang hangus terbakar pada koordinat 03° 5’6” S – 115° 37’39.07” E sekitar jam 2.45 petang waktu tempatan, selepas tiga hari operasi mencari dijalankan melibatkan lebih 200 anggota dari pelbagai agensi termasuk tentera, polis, dan komuniti tempatan.
Visual dari lokasi menunjukkan hanya bahagian ekor helikopter berwarna hijau dan biru yang masih dapat dikenal pasti, manakala selebihnya musnah dalam kebakaran.
Cuaca buruk dan keadaan hutan yang tebal menyukarkan usaha evakuasi dan pencarian mangsa.
Daripada lapan individu yang berada dalam helikopter, enam mayat telah dikenal pasti termasuk juruterbang Kapten Haryanto dan jurutera Hendra.
Dua lagi mangsa masih belum ditemui dan operasi pencarian diteruskan. Mangsa lain yang dikenal pasti termasuk warga asing dari Amerika Syarikat, Brazil dan India.
Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca nahas, termasuk kemungkinan kerosakan teknikal sebelum pesawat hilang dari radar.

#operasi mencari dan menyelamat
#BK117 D3
#helikopter terhempas
#Eastindo Air
#Air Terjun Mandin Damar