awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Helikopter Pengawal Pantai India terhempas di Gujarat, 3 terbunuh

Bernama
Bernama
05/01/2025
14:00 MYT
Helikopter Pengawal Pantai India terhempas di Gujarat, 3 terbunuh
Helikopter Ringan Terkini (ALH) Dhruv itu terhempas semasa penerbangan latihan rutin di lapangan terbang Porbandar, kira-kira 416 km ke barat Gandhinagar, ibu negeri Gujarat. - Gambar Facebook (Preeti Mahapatra)
NEW DELHI: Sebuah helikopter milik Pengawal Pantai India terhempas pada Ahad di negeri Gujarat, barat India, mengorbankan semua tiga kru termasuk dua juruterbang, menurut polis, lapor Xinhua.
Helikopter Ringan Terkini (ALH) Dhruv itu terhempas semasa penerbangan latihan rutin di lapangan terbang Porbandar, kira-kira 416 km ke barat Gandhinagar, ibu negeri Gujarat.
Menurut pegawai, helikopter berkenaan mengalami masalah teknikal sebelum terhempas.
Ketiga-tiga kru segera dikeluarkan dari lokasi kejadian dan dikejarkan ke hospital dalam keadaan melecur teruk selepas helikopter itu terbakar sejurus terhempas.
"Malangnya, semua tiga kru telah meninggal dunia berikutan kemalangan ini," kata pegawai kanan polis Porbandar, Bhagirath Singh Jadeja.
Menurut Jadeja, kemalangan berlaku sekitar pukul 12.10 tengah hari (waktu tempatan) ketika helikopter itu cuba mendarat di lapangan terbang Porbandar.
Polis India dan Pengawal Pantai sedang menyiasat punca nahas itu, katanya.
Saluran televisyen tempatan menyiarkan rakaman asap hitam tebal yang kelihatan daripada helikopter yang terhempas di lapangan terbang itu.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#terhempas
#Televisyen tempatan
#asap hitam tebal
#punca nahas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan