Helikopter tentera Rusia terhempas, dua maut

Astro Awani
Disember 11, 2019 21:32 MYT
Dua kru maut dalam nahas melibatkan sebuah helikopter milik tentera Rusia awal pagi ini. -Gambar hiasan
Dua kru maut dalam nahas melibatkan sebuah helikopter milik tentera Rusia awal pagi ini.
Menurut jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, pesawat malang itu disahkan terhempas di wilayah Krasnodar dan lokasinya telah pun dikenal pasti.
Bangkai helikopter Mi-28 itu ditemukan musnah sama sekali dan kejadian dipercayai disebabkan cuaca buruk, lapor portal sputniknews.com.
#dua kru maut #helikopter milik tentera Rusia #helikopter terhempas #Kementerian Pertahanan Rusia #Krasnodar