awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Helikopter terhempas di Yeongwol, dua terbunuh

Bernama
Bernama
15/03/2023
08:26 MYT
Helikopter terhempas di Yeongwol, dua terbunuh
Sebuah helikopter awam terhempas di bandar kecil timur Yeongwol, Korea Selatan, pada Rabu, mengorbankan kedua-dua penumpang. - Gambar hiasan
SEOUL: Sebuah helikopter awam terhempas di bandar kecil timur Yeongwol, Korea Selatan, pada Rabu, mengorbankan kedua-dua penumpang, menurut pihak berkuasa bomba dan polis tempatan.
Pesawat yang membawa dua penumpang itu terhempas di bandar yang terletak 138 kilometer ke timur Seoul, pada kira-kira pukul 7.46 pagi, menurut Ibu Pejabat Bomba Gangwon.
Kedua-dua mangsa, seorang juruterbang berusia 65 tahun dan seorang pegawai syarikat kargo berusia 51 tahun, disahkan meninggal dunia di hospital berdekatan.
Polis mengesyaki pesawat itu yang mengangkut wayar elektrik untuk pembinaan menara transmisi, berkemungkin bersentuhan talian transmisi, menyebabkan nahas itu.
Tiada kerosakan sekunder dilaporkan.
Kejadian itu sedang disiasat.
--BERNAMA-YONHAP
TAG: Helikopter terhempas, dua terbunuh, Yeongwol, wayar elektrik
Topic Berkaitan
#helikopter terhempas
#Yeongwol Korea Selatan
#Seoul
#helikopter awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan