awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hezbollah akan kekal aktif berjuang selepas gencatan senjata

Agensi
Agensi
26/11/2024
23:20 MYT
Hezbollah akan kekal aktif berjuang selepas gencatan senjata
Pasukan Hezbollah akan kekal aktif selepas perang dengan Israel berakhir, termasuk membantu penduduk Lubnan yang terjejas kembali ke kampung halaman mereka dan membangunkan semula kawasan yang musnah akibat serangan Israel. - Gambar fail Reuters
BEIRUT: Pasukan pejuang Hezbollah akan kekal aktif selepas perang dengan Israel berakhir, termasuk membantu penduduk Lubnan yang terjejas kembali ke kampung halaman mereka dan membangunkan semula kawasan yang musnah akibat serangan Israel.
Dalam wawancara dengan Reuters pada Selasa, pegawai kanan Hezbollah, Hassan Fadlallah mengesahkan peranan kumpulan itu akan kekal meneruskan perjuangannya sekalipun selepas perjanjian gencatan senjata dicapai.
Sebagai bukti, beliau berkata, apabila serangan Israel terhadap Lubnan berakhir, Hezbollah yang sebelum ini berjuang di medan perang akan terlibat membantu memindahkan rakyat kembali ke rumah mereka dan memulakan usaha pembinaan semula.
Fadlallah berkata, institusi kesihatan, sosial dan pembangunan Hezbollah juga telah bersiap sedia untuk "hari selepas" perang termasuk bekerjasama dengan kerajaan Lubnan untuk menyediakan tempat perlindungan kepada mangsa yang kehilangan tempat tinggal, membersihkan kawasan yang rosak, mengurus pengebumian mangsa dan membantu pembinaan semula.
Tambah beliau, pihaknya sedang melalui saat-saat yang berbahaya dan sensitif kerana menjadi sikap Israel apabila tiba di fasa akhir permusuhan, mereka akan meningkatkan serangan.
Kenyataan Fadlallah merujuk kepada serangan udara Israel yang semakin hebat pada Selasa petang ke atas Beirut dan kawasan selatannya.
Beberapa jam selepas beliau bercakap dengan Reuters, tentera Israel mengeluarkan arahan pemindahan pertama untuk empat kawasan kejiranan di Beirut tengah, satu peningkatan besar dalam konflik tersebut. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel-Lubnan
#Hezbollah
#gencatan senjata
#perjuangan Hezbollah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan