awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hezbollah bertegas teruskan serangan ke Israel demi Gaza

Astro Awani
Astro Awani
14/02/2024
00:45 MYT
Hezbollah bertegas teruskan serangan ke Israel demi Gaza
Hassan Nasrallah berkata, kumpulannya hanya akan menghentikan pertempuran jika gencatan senjata penuh dicapai untuk Gaza. - Foto fail/REUTERS
BEIRUT: Kumpulan pejuang Hezbollah Lubnan tegaskan, serangan rentas sempadan terhadap Israel hanya akan berakhir apabila pencerobohan Zionis di Gaza tamat.
Pemimpin kumpulan pejuang itu, Hassan Nasrallah berkata, setakat ini sebarang usaha untuk menghentikan permusuhan di sepanjang sempadan Lubnan hanya menguntungkan Israel.
Hassan Nasrallah juga berkata, kumpulannya hanya akan menghentikan pertempuran jika gencatan senjata penuh dicapai untuk Gaza.
"Kami berjuang di selatan Lubnan) dengan mata kami di Gaza. Apabila pencerobohan berhenti terhadap Gaza dan apabila penembakan berhenti di Gaza, kami akan menghentikan penembakan di selatan.
"Menteri Israel pernah berkata tidak akan menghentikan serangan di Gaza, jika berhenti, mereka menyerang selatan Lubnan.
"Ia tidak menjadi masalah. Jika Israel terus menyerang di selatan Lubnan, juga kami akan membalas di selatan," tegasnya.
Serangan rentas sempadan di Lubnan telah membunuh kira-kira 200 orang di Lubnan, termasuk lebih 170 pejuang Hezbollah serta 10 tentera Israel dan lima orang awam Israel.
Ia juga telah memaksa pemindahan puluhan ribu orang.
Hezbollah yang disokong Iran telah menyerang tentera Israel merentasi sempadan selatan Lubnan bagi menyokong sekutunya kumpulan pejuang Hamas di Palestin sejak perang tercetus pada 7 Oktober tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Hassan Nasrallah
#Hezbollah
#Israel
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan