awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Lapangan terbang Moscow ditutup akibat ancaman dron Ukraine
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hidup saya lebih bahagia selepas jual semua Bitcoin - Steve Wozniak

Agensi
Agensi
29/01/2018
03:07 MYT
Hidup saya lebih bahagia selepas jual semua Bitcoin - Steve Wozniak
WOZNIAK: Sebahagian daripada kebahagiaan, bagi diri saya, ialah apabila tiada kerisauan, jadi saya jual kesemuanya dan selesai! - Gambar fail
PENGASAS bersama Apple, Steve Wozniak mendedahkan bahawa beliau telah menjual kesemua pegangan bitcoinnya.
Katanya, dia penat untuk memantau harga wang kripto itu yang terlalu pantas berubah sehingga 'menyusahkan' dirinya.
"Ketika harganya tinggi, saya beritahu diri saya, saya tak mahu jadi seperti mereka yang hanya melihat dan peduli sepenuhnya akan perubahan angkanya.
"Sebahagian daripada kebahagiaan, bagi diri saya, ialah apabila tiada kerisauan, jadi saya jual kesemuanya dan selesai!" katanya ketika menghadiri Forum Perniagaan Nordic di Stockholm.
Wozniak mula memiliki Bitcoin ketika harganya pada kadar 700 USD seunit.
Namun, minatnya ke atas wang kripto itu bagi tujuan membuat untung tidak berpanjangan memandangkan beliau lebih fokus kepada teknologi di sebalik Bitcoin itu sendiri.
Tumpuannya ialah bagi membolehkan pembayaran yang selamat ketika mengembara.
Sebelum ini, Wozniak menyifatkan wang kripto seperti Bitcoin merupakan platform terbaru, sama seperti kewujudan iPhone di awal kemunculannya.
Topic Berkaitan
#apple inc
#Bitcoin
#kenapa jual bitcoin
#Pengasas Bersama Apple
#Steve Wozniak
#Stockholm
#wang kripto
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan