DUNIA

Hillary Clinton sah lawan Trump dalam saingan ke White House

Agensi 07/06/2016 | 02:24 MYT
Clinton memperoleh sejumlah undi itu selepas menang besar di Puerto Rico selain mendapat sokongan saat akhir daripada akar umbi parti. - Gambar fail
Bekas wanita pertama Amerika Syarikat, Hillary Clinton berjaya menjadi calon mewakili Parti Demokrat dalam usahanya untuk menduduki White House menggantikan Barack Obama nanti.
Clinton sah menjadi calon mewakili parti demokrat apabila memperoleh sejumlah undi sokongan yang diperlukan daripada perwakilan.
Isteri bekas Presiden Bill Clinton itu mendapat 2,383 undi perwakilan.
Beliau memperoleh sejumlah undi itu selepas menang besar di Puerto Rico selain mendapat sokongan saat akhir daripada akar umbi parti.
Dengan kemenangan itu, Clinton akan bersaing dengan jutawan hartanah, Donald Trump untuk menduduki White House selepas pilihan raya diadakan, dijangka 7 November.
Clinton juga setakat ini menjadi wanita pertama mewakili sebuah parti besar dalam politik Amerika Syarikat.
#Amerika Syarikat #Donald Trump #Hilalry Clinton #Parti Demokrat #White House