awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hina raja Thai: BBC berdepan tindakan undang-undang

Bernama
Bernama
07/12/2016
14:25 MYT
Hina raja Thai: BBC berdepan tindakan undang-undang
Laman web British Broadcasting Corporation (BBC) Thai yang dikatakan telah menghina kerabat diraja Thai dan melanggar undang-undang ketat 'Lese Mejeste'. - Gambar fail
Organisasi media di negara ini termasuk milik asing akan berdepan tindakan jika mereka melanggar undang-undang Thai, kata Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha hari ini.
Katanya, ini sama seperti rakyat Thai yang tinggal di negara asing jika mereka melanggar undang-undang negara berkenaan.
"Jika media asing di Thailand melanggar undang-undang Thai, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka, itu sahaja," katanya kepada media hari ini.
Perdana Menteri memberi respons terhadap sebuah artikel di laman web British Broadcasting Corporation (BBC) Thai yang dikatakan telah menghina kerabat diraja Thai dan melanggar undang-undang ketat 'Lese Mejeste'.
Undang-undang tersebut berdasarkan Kanun Jenayah yang melarang perbuatan menghina atau mengancam raja, permaisuri, bakal raja atau pemangku raja.
Seorang aktivis pelajar ditahan baru-baru ini kerana memperkongsikan artikel BBC Thai itu di media sosial dan seterusnya didakwa di bawah undang-undang tersebut dan Akta Jenayah Komputer sebelum dibebaskan dengan jaminan.
Terdahulu, timbalannya Jen Prawit Wongsuwan memberitahu pemberita, pihak berkuasa telah diarah bertindak tegas jika artikel BBC Thai itu melanggar undang-undang Lese Mejeste.
Pegawai-pegawai, katanya, mesti menguatkuasakan undang-undang itu tanpa prejudis.
Sementara itu, menurut media tempatan hari ini Cawangan Khas polis menafikan ia telah memasuki pejabat BBC Thai di bandaraya Bangkok semalam, tetapi mengesahkan Bahagian Pencegahan Jenayah Teknologi sedang menyiasat laman web itu.
Pemangku komander Mejar Jen Chayapol Chatchaidej berkata bahagian itu akan memanggil pentadbir laman web itu, penterjemah, editor, dan yang lain bagi menerangkan tentang artikel itu. -- Bernama
Topic Berkaitan
#bbc
#Hina Raja Thai
#Jen Prayut Chan-o-cha
#media asing
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan