DUNIA
Hollywood pertahan Jimmy Kimmel selepas ABC tarik balik rancangan lewat malam
Kimmel belum mengeluarkan kenyataan rasmi, namun sumber industri menyatakan beliau dijadual menjelaskan kenyataannya dalam episod yang telah dibatalkan itu. -Gambar fail
LOS ANGELES: Dunia hiburan Amerika Syarikat gempar selepas ABC, rangkaian milik Disney, menggantung siaran rancangan “Jimmy Kimmel Live!” susulan komen kontroversi hos tersebut berkenaan pembunuhan aktivis konservatif Charlie Kirk.
Ringkasan AI
Kimmel, yang terkenal dengan kritikan terhadap Presiden Donald Trump, dalam monolognya pada 10 September lalu menyindir cara golongan MAGA (Make America Great Again) memanipulasi kematian Kirk untuk kepentingan politik.
Beliau turut membandingkan reaksi Trump terhadap kematian Kirk dengan “cara kanak-kanak berumur empat tahun meratapi ikan peliharaan yang mati”.
Tindakan ABC menarik balik rancangan itu berlaku selepas tekanan daripada Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC), Brendan Carr, yang mengancam siasatan terhadap kandungan siaran tersebut.
Nexstar Media Group, pemilik 32 stesen ABC, turut mengumumkan penarikan siaran Kimmel di semua saluran miliknya.
Langkah ini mencetuskan gelombang sokongan daripada selebriti dan aktivis media.
Pelakon Ben Stiller menyifatkan tindakan ABC sebagai tidak wajar, manakala Michael Keaton menulis nota tangan berbunyi “ABC, NBC, CBS, bangkitlah!”.
Gabenor California Gavin Newsom turut mengecam tindakan itu sebagai “penapisan terancang yang berbahaya”.
Kesatuan penulis dan pemuzik seperti Writers Guild of America dan American Federation of Musicians menyifatkan tindakan ABC sebagai ancaman terhadap kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan AS.
Sementara itu, Presiden Trump menyambut baik penggantungan rancangan tersebut dan menggesa NBC turut membatalkan rancangan hos lain seperti Jimmy Fallon dan Seth Meyers, menyifatkan mereka sebagai “tidak berbakat” dan “penyebar berita palsu”.
Kematian Charlie Kirk, pengasas bersama Turning Point USA, berlaku semasa beliau memberi ceramah di Utah Valley University. Suspek, Tyler Robinson, 22, telah didakwa atas tuduhan pembunuhan dan kes masih dalam siasatan.
Kimmel belum mengeluarkan kenyataan rasmi, namun sumber industri menyatakan beliau dijadual menjelaskan kenyataannya dalam episod yang telah dibatalkan itu.
Ringkasan AI
- ABC menggantung siaran Jimmy Kimmel Live! susulan komen satira hos itu mengenai kematian aktivis konservatif Charlie Kirk, mencetuskan tekanan politik dan siasatan FCC.
- Tindakan itu dikecam oleh selebriti, aktivis dan kesatuan seni sebagai ancaman terhadap kebebasan bersuara, dengan sokongan terbuka daripada Ben Stiller, Michael Keaton dan Gabenor Gavin Newsom.
- Presiden Trump menyambut baik penggantungan tersebut dan gesa pembatalan hos lain, manakala insiden ini mencetuskan perdebatan tentang sempadan satira politik dan penapisan media.