Pihak Berkuasa Penerbangan Hong Kong telah melarang penerbangan antara wilayah itu dan Kuala Lumpur selama dua minggu, berkuatkuasa serta-merta.
Agensi berita South China Morning Post (SCMP) melaporkan, tindakan itu diambil selepas lima penumpang pesawat Cathay Dragon dari India yang melakukan transit di Kuala Lumpur pada Jumaat lalu, didapati positif koronavirus.
Tindakan itu telah secara tidak langsung telah menutup laluan utama bagi warga negara India yang cuba kembali ke Hong Kong selepas terkandas di negara luar berbulan-bulan lamanya.
Jurucakap Cathay Dragon berkata, pihaknya telah dimaklumkan oleh pihak kesihatan Hong Kong mengenai status lima penumpang berkenaan yang menaiki penerbangan KA734.
“Susulan arahan Jabatan Penerbangan Awam, kami akan menggantung sementara perkhidmatan penumpang kami antara Kuala Lumpur dan Hong Kong, sehingga 3 Oktober ini,” menurut syarikat penerbangan itu lagi.
Selain itu, Cathay Dragon berkata, penumpang yang terjejas akan dikembalikan semula wang mereka, atau penerbangan alternatif.
Lima penumpang yang positif itu, terbang ke Malaysia melalui syarikat penerbangan Air India Express, sebelum menaiki Cathay Dragon.
Agensi
Sun Sep 20 2020

Hong Kong henti penerbangan dari Kuala Lumpur susulan penumpang positif COVID-19. - Gambar fail

AWANI Ringkas: Cuba terjun jambatan, lelaki positif dadah

Tragedi Baling | Mayat ketiga ditemui di bawah timbunan pokok
Mayat ketiga tragedi banjir dan kepala air yang disahkan hilang pada Isnin, ditemui pasukan penyelamat sekitar jam 11.55 pagi tadi. Menurut Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon, mangsa mangsa, Khairul Ikhwan Nor Azman, 14 tahun, ditemukan dibawah timbunan pokok yang terletak tidak jauh dari mayat ibu dan kakak iparnya yang ditemui sekitar jam 9.30 pagi.
![[TERKINI] PM sedih dan simpati dengan kejadian banjir di Baling [TERKINI] PM sedih dan simpati dengan kejadian banjir di Baling](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976602/thumbnails/4194787241657005046625_640x360.jpg)
[TERKINI] PM sedih dan simpati dengan kejadian banjir di Baling
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan rasa sedih dan simpati dengan kejadian bencana banjir yang berlaku di Baling, Kedah sehingga mengakibatkan tiga nyawa terkorban setakat ini.

Ikmal Hisham nafi beri jam, payung untuk 'pancing' rakyat hadir majlis PN
Ikmal Hisham yang juga Timbalan Menteri Pertahanan turut mencabar mana-mana pihak agar mengemukakan bukti terhadap tuduhan yang dilemparkan.

Penyanyi lagu Widuri, Bob Tutupoly, meninggal dunia pada usia 82 tahun
Difahamkan, Bob sejak kebelakangan ini kerap berdepan masalah kesihatan dan sering berulang alik ke hospital untuk menjalani rawatan.

Ibadah Korban | Permintaan lembu ‘gemuk’ berkurangan, harga tinggi
Permintaan lembu ‘gemuk’ bagi ibadah korban di kawasan luar bandar tahun ini didakwa berkurangan kerana harga yang tinggi. Penternak di Kampung Lepan Jaya, Gua Musang, Kelantan, Mohd Saiful Basri Mat Yaakob berkata orang ramai tidak berani membeli lembu bersaiz besar kerana harganya boleh mencecah RM12,000 hingga RM20,000 seekor.
![[TERKINI] Tragedi | Perkembangan banjir di Baling [TERKINI] Tragedi | Perkembangan banjir di Baling](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976599/thumbnails/4194786951657003269630_640x360.jpg)
[TERKINI] Tragedi | Perkembangan banjir di Baling
Perkembangan lanjut penemuan mayat ketiga kejadian kepala air di Kampung Iboi, Kupang, Baling bersama Wakil Astro AWANI Kedah, Abd Hadi Che Awang.

OPR | Dijangka meningkat ke paras 3.00-3.25% tahun ini
Kadar dasar semalaman (OPR) dijangka berada pada paras 3.00 hingga 3.25 peratus pada tahun ini. Unjuran itu dibuat Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad, Dr Afzanizam Abd Rashid yang mengatakan peningkatan OPR dilihat penting dalam mengimbangi peningkatan inflasi yang ketika ini berada pada paras 2.8 peratus.

Kerjasama komuniti kekalkan operasi KIB AADK
Walau sehebat mana inisiatif dan dasar yang kerajaan gariskan untuk kesejahteraan rakyat, ia tidak akan memberi apa-apa makna sekiranya kurang kerjasama daripada komuniti.

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi persidangan ACWW
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan merasmikan Persidangan ke-13 Persatuan Wanita Desa Sedunia bagi kawasan Asia Tenggara dan Timur Jauh di sini.

Sembilan jemaah tabligh Malaysia pulang dari India
Dengan kepulangan sembilan ahli jemaah ini, Kementerian Luar telah berjaya membawa pulang seramai 170 daripada 189 orang ahli jemaah tabligh yang berada di India.

Hong Kong henti penerbangan dari Kuala Lumpur susulan penumpang positif COVID-19
Lima penumpang pesawat Cathay Dragon dari India yang melakukan transit di Kuala Lumpur pada Jumaat lalu, positif koronavirus.

Air India Express tergelincir, terbelah dua ketika mendarat, 17 terbunuh
Pesawat Boeing-737 yang membuat penerbangan dari Dubai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Calicut itu, membawa pulang rakyat India yang terkandas di luar negara akibat pandemik COVID-19.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 7 Ogos 2020.

Pesawat Air India Express tergelincir, terbelah dua ketika mendarat
Sebuah pesawat Air India Express yang membawa 191 penumpang dilaporkan tergelincir dari landasan ketika mendarat di Kozhikode, Kerala, India, sebentar tadi.