DUNIA
Hong Kong lancar taman teknologi pacu pembangunan sains dan teknologi
Taman itu dijangka dapat merancakkan pembangunan Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macao. - Foto X/I Love Futian
HONG KONG: Taman Hetao Hong Kong akan dilancarkan secara rasmi pada Isnin, menurut Setiausaha Inovasi, Teknologi dan Industri kerajaan Hong Kong, Sun Dong dalam hantaran blognya pada Sabtu.
Setakat ini, lebih 60 perusahaan dan institusi telah menandatangani pajakan untuk berpindah ke taman teknologi berkenaan, dengan sebahagian besarnya memfokuskan kepada sains hayat, mikroelektronik, tenaga baharu dan kecerdasan buatan (AI), menurut Sun.
Taman Hetao Hong Kong terletak di Northern Metropolis, sebuah kawasan yang bersempadan dengan hab teknologi selatan China, Shenzhen. Northern Metropolis menyasarkan untuk menyediakan ruang bagi Hong Kong membina imejnya sebagai hab inovasi dan teknologi antarabangsa, sekali gus melengkapi sektor kewangan di bahagian selatan bandar itu.
Sun berkata pembukaan taman itu merupakan pencapaian utama dalam tahun terakhir tempoh Rancangan Lima Tahun Ke-14 China (2021-2025), sambil menambah bahawa Kerajaan Hong Kong telah menubuhkan pasukan petugas khas antara jabatan bagi mempercepatkan prosedur dan kelulusan.
Sebagai pangkalan utama untuk membangunkan produktiviti berkualiti baharu, taman itu dijangka dapat merancakkan pembangunan Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macao serta memperkukuh kebergantungan diri China dalam teknologi, kata Sun.
--BERNAMA-XINHUA