[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
INTERNATIONAL

Hospital Al-Quds di utara Gaza akan dibuka semula

Astro Awani 21/06/2024 | 05:00 MYT
Delegasi ini diketuai oleh Pengarah Eksekutifnya, Dr Haidar Al-Qudra, bersama beberapa kakitangan khas. - Foto X PRCS
PERSATUAN Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) mengumumkan bahawa salah satu pasukan pentadbiran telah tiba di Gaza pada Khamis untuk membantu mengaktifkan semula perkhidmatannya.
Menurut PRCS, tugas utama pasukan berkenaan adalah bagi membuat persediaan untuk pembukaan semula Hospital Al-Quds di Bandar Gaza, terutamanya selepas keruntuhan sistem perubatan.
Ia juga bagi mengaktifkan perkhidmatan bantuan dan mengurangkan kesan pencerobohan yang dihadapi oleh rakyat Gaza.
Delegasi ini diketuai oleh Pengarah Eksekutifnya, Dr Haidar Al-Qudra, bersama beberapa kakitangan khas.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, persatuan itu berkata, pihaknya berjaya menghantar kira-kira 11 tan daging dari Tebing Barat ke Semenanjung Gaza, untuk diagihkan kepada keluarga yang kehilangan tempat tinggal dan terjejas di tengah dan selatan Gaza.
Sukarelawan PRCS akan mengagihkan daging selama tiga hari berturut-turut kepada ribuan keluarga, dengan penyelarasan dibuat bersama badan dan jawatankuasa komuniti tempatan, untuk meringankan penderitaan rakyat di Gaza.
PRCS hantar pasukan bantu pembukaan semula Hospital Al-Quds
#Palestin #Gaza #Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin #Hospital Al-Quds