awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hospital di Gaza rayu bantuan, tidak lagi mampu rawat pesakit

Bernama
Bernama
22/12/2024
06:00 MYT
Hospital di Gaza rayu bantuan, tidak lagi mampu rawat pesakit
Hospital Kamal Adwan di Beit Lahia turut menghadapi kekurangan bekalan air minuman, menurut Kementerian Kesihatan pada Sabtu. - Gambar fail/ Reuters
KAHERAH: Sebuah hospital di utara Semenanjung Gaza merayu bantuan segera daripada komuniti antarabangsa untuk bekalan ubat-ubatan dan makanan kerana tidak lagi mampu merawat pesakit, lapor agensi berita Jerman dpa.
Hospital Kamal Adwan di Beit Lahia turut menghadapi kekurangan bekalan air minuman, menurut Kementerian Kesihatan pada Sabtu.
Menurut kementerian itu, tentera Israel didakwa enggan membekalkan keperluan asas kepada hospital berkenaan dan menyekat akses doktor serta jururawat.
Tentera Israel menuduh Hamas menggunakan kemudahan awam seperti hospital sebagai perlindungan.
Pengarah hospital, Hussam Abu Safiya memberi amaran bahawa beberapa pesakit mungkin meninggal dunia jika bantuan tidak disalurkan segera.
Menurut angka Palestin, lebih 45,100 orang telah terbunuh setakat ini, manakala usaha untuk mencapai gencatan senjata berulang kali menemui jalan buntu.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Hospital Kamal Adwan
#WHO
#kekejaman israel
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan