Hospital di India rayu diberi bekalan oksigen

Astro Awani
April 24, 2021 03:59 MYT
Beberapa pekerja dilihat mengisi bekalan oksigen di sebuah hospital di India. - Foto REUTERS
HOSPITAL di India merayu kepada kerajaan di media sosial bagi menambah bekalan oksigen yang semakin meruncing.
Sebuah hospital swasta, Max Hospital, berkata ia hanya mempunyai bekalan selama sejam sahaja lagi dan masih menunggu bekalan oksigen yang dijanjikan akan tiba pada pagi Khamis.
Hospital berkenaan turut menfailkan petisyen di Mahkamah New Delhi pada Selasa lepas yang menyatakan fasiliti kesihatan itu kekurangan bekalan oksigen yang mungkin akan menyebabkan 400 pesakit COVID-19 di hospital berkenaan meninggal dunia, menurut laporan Associated Press.

SOS - Less than an hour's Oxygen supplies at Max Smart Hospital & Max Hospital Saket. Awaiting promised fresh supplies from INOX since 1 am. @drharshvardhan @msisodia @PMOIndia @ArvindKejriwal @PiyushGoyal @SatyendarJain over 700 patients admitted, need immediate assistance

— Max Healthcare (@MaxHealthcare) April 23, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
India mencipta rekod dunia dua hari berturut dengan 332,730 kes positif baharu dilaporkan pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 16 juta dengan 2,263 kes kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas.
"Ini membuatkan keadaan sukar bagi hospital menyelamatkan nyawa," kata Timbalan Ketua Menteri New Delhi, Manish Sisodia.
#COVID-19 #oksigen #pesakit #Hospital