Skip to main content

Dunia

Hospital Ghandour musnah dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan

Ghandour Hospital. FB Hadiths OnYemen
Imej dan video yang dikongsi dalam talian menunjukkan bangunan hospital itu runtuh sepenuhnya sehingga hanya meninggalkan timbunan konkrit dan serpihan. -Foto Facebook
Advertisement

BEIRUT: Serangan udara Israel memusnahkan sepenuhnya bangunan empat tingkat Hospital Ghandour di Nabatieh al-Fawqa, selatan Lubnan, pada Ahad.

Laporan media tempatan mengesahkan tiada kakitangan perubatan atau pesakit berada di dalam premis berkenaan ketika serangan itu berlaku.

 

 

Imej dan video yang dikongsi dalam talian menunjukkan bangunan hospital itu runtuh sepenuhnya sehingga hanya meninggalkan timbunan konkrit dan serpihan.

Pihak pengurusan hospital berkata premis berkenaan telah menghentikan operasi sejak beberapa tahun lalu susulan kesan krisis kewangan yang melanda Lubnan.

Bagaimanapun, bangunan itu masih menempatkan beberapa bilik pembedahan, peralatan pengimejan perubatan serta makmal klinikal, dengan nilai kerugian dianggarkan mencecah jutaan dolar.

Serangan udara itu dilaporkan berlaku selepas tentera Israel (IDF) mendakwa dua dron letupan dilancarkan oleh pejuang Hezbollah ke arah pasukannya di selatan Lubnan pada awal pagi Ahad.

Rentetan serangan di beberapa lokasi sekitar Nabatieh termasuk Arab Salim dan Kfar Roummane, sekurang-kurangnya empat individu terbunuh manakala 20 yang lain cedera.

Must Watch Video

Advertisement