DUNIA

Hotel runtuh di China: Lapan maut, sembilan lagi hilang

Bernama 13/07/2021 | 06:03 MYT
Siasatan awal mendapati punca runtuhan disebabkan kerja-kerja ubah suai di hotel berkenaan dibuat tanpa kelulusan pihak berkuasa, menurut pemerintah daerah Wujiang. - Gambar AP
NANJING: Lapan terbunuh manakala sembilan yang lain masih hilang selepas sebuah hotel runtuh di bandar Suzhou di wilayah Jiangsu timur China, kata pihak berkuasa tempatan pada Selasa.

Kejadian berlaku kira-kira 3.33 petang Isnin, seramai 23 mangsa dilaporkan terperangkap, lapor Xinhua.

Siasatan awal mendapati punca runtuhan disebabkan kerja-kerja ubah suai di hotel berkenaan dibuat tanpa kelulusan pihak berkuasa, menurut pemerintah daerah Wujiang.

Siasatan lanjut mengenai punca sebenar kejadian sedang dilakukan.

-- BERNAMA
#hotel runtuh #bandar Suzhou #Xinhua #ubah suai hotel #Wujiang