DUNIA
Houthi dakwa lancar peluru berpandu ke atas Lapangan Terbang Ben Gurion, Tel Aviv
Menurut Sarea, serangan itu "berjaya mencapai sasarannya" dengan memaksa jutaan penduduk melarikan diri ke tempat perlindungan serta mengganggu operasi lapangan terbang. - Gambar fail Reuters
ADEN (Yaman): Houthi di Yaman pada Selasa mendakwa bertanggungjawab melancarkan serangan peluru berpandu balistik ke atas Lapangan Terbang Ben Gurion di tengah Israel, lapor agensi berita Xinhua.
Jurucakap tentera kumpulan itu, Yahya Sarea dalam kenyataan disiarkan menerusi saluran televisyen al-Masirah yang dikendalikan Houthi, berkata, pihaknya "melaksanakan operasi ketenteraan khas menyasarkan Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv menggunakan peluru berpandu balistik hipersonik jenis Palestine-2."
Menurut Sarea, serangan itu "berjaya mencapai sasarannya" dengan memaksa jutaan penduduk melarikan diri ke tempat perlindungan serta mengganggu operasi lapangan terbang.
Beliau turut mendakwa, beberapa serangan menggunakan pesawat tanpa pemandu (UAV) turut dilancarkan ke atas "tiga lokasi sensitif" di Eilat, Tel Aviv dan Ashkelon.
Sarea menegaskan bahawa kumpulannya akan meneruskan operasi ketenteraan "bagi menyokong rakyat Palestin" selagi Israel tidak menghentikan tindakan ketenteraannya di Gaza.
Sementara itu, pihak tentera Israel dalam kenyataan berasingan pada Selasa mengesahkan peluru berpandu dilancarkan dari Yaman ke arah Israel, sekali gus mencetuskan bunyi siren kecemasan di kawasan tengah dan selatan.
Namun, peluru berpandu itu berjaya dipintas dan tiada kecederaan dilaporkan.
Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz turut berikrar melancarkan tindakan balas terhadap kumpulan Houthi susulan serangan berkenaan.
-- BERNAMA