awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Houthi lancar peluru berpandu hipersonik "Palestine 2"

Agensi
Agensi
17/09/2024
05:46 MYT
Houthi lancar peluru berpandu hipersonik "Palestine 2"
Kumpulan Houthi mendedahkan satu video berdurasi hampir dua minit menunjukkan rakaman pelancaran peluru berpandu hipersonik bernama "Palestine 2" pada Isnin. - Foto Reuters
TEL AVIV: Kumpulan Houthi yang bersekutu dengan Iran di Yaman mendedahkan satu video berdurasi hampir dua minit menunjukkan rakaman pelancaran peluru berpandu hipersonik bernama "Palestine 2" pada Isnin.
Serangan peluru berpandu itu dipercayai disasarkan ke Israel pada Ahad.
Houthis yang mengawal utara Yaman, telah melancarkan serangan ke Israel tengah dengan peluru berpandu untuk pertama kalinya pada Ahad.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata Israel akan membalas serangan yang disifatkan harga yang tinggi kepada kumpulan Houthi
Jurucakap ketenteraan Houthi, Yahya Sarea berkata kumpulan itu menyerang dengan peluru berpandu balistik hipersonik baharu yang bergerak sejauh 2,040 km dalam hanya 11 setengah minit.
Sementara itu, seorang pegawai tentera Israel berkata peluru berpandu tersebut terkena pemintas dan berpecah di udara dan bukan dimusnahkan sepenuhnya.
Topic Berkaitan
#Benjamin Netanyahu
#peluru berpandu hipersonik
#Israel
#Kumpulan Houthi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan