DUNIA
Hubungan Kanada-Amerika Syarikat tidak akan sama lagi susulan dasar tarif Trump - Menteri Luar
Dari kiri, Jan Lipavsky (Republik Czech), Gordan Grlic Radman (Croatia), Jean-Noel Barrot (Perancis), Lars Lokke Rasmussen (Denmark) dan Joly, antara Menteri-Menteri Luar yang hadir pada mesyuarat di ibu pejabat NATO, Brussels, 3 Apr 2025. (Foto AP)
MOSCOW: Hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan Kanada "tidak akan sama lagi" susulan dasar tarif baharu Washington yang bertujuan menetapkan semula perdagangan global, kata Menteri Luar Kanada Melanie Joly pada Jumaat, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Kami mengambil maklum apa yang telah dilakukan oleh AS dan pada masa sama, kami sedar bahawa hubungan itu tidak akan kembali seperti dahulu, dan itu adalah mesej saya kepada pihak Eropah. Hubungan dengan AS tidak akan sama lagi, mereka mahu melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza dan kami memahaminya," kata Joly sebaik tiba di Mesyuarat Menteri-menteri Luar Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Brussels.
Presiden AS Donald Trump kini berusaha untuk "menetapkan semula perdagangan global", sesuatu yang telah dilalui Kanada sejak lebih tiga bulan lepas, katanya.
"Kami adalah pelanggan terbesar AS, jauh meninggalkan negara lain - kami membeli lebih banyak daripada AS berbanding United Kingdom, Perancis, China dan Jepun digabungkan. Jadi bagi sesiapa yang pernah berniaga sebelum ini, jika anda melayan pelanggan terbaik anda seperti mana kami telah dilayan, itu menunjukkan anda mahu mengubah secara dasar cara anda beroperasi," kata Joly.
Pada Rabu, Trump menandatangani perintah eksekutif untuk mengenakan tarif asas 10 peratus ke atas semua import ke AS mulai 5 April, manakala tarif lebih tinggi secara timbal balik ke atas negara yang mempunyai defisit perdagangan terbesar dengan AS akan berkuat kuasa pada 9 April.
Pada awal Mac, Washington turut memperkenalkan tarif sebanyak 25 peratus ke atas barangan yang diimport dari Mexico dan Kanada.
-- BERNAMA