DUNIA
Hubungan kukuh Jepun-Korea Selatan penting tangani perubahan global - Presiden Lee Jae-myung
Pertemuan itu menandakan perbincangan bersemuka kedua Lee dengan Ishiba, selepas pertemuan mereka di sidang kemuncak Kumpulan Tujuh (G7) di Kanada pada Jun. - Gambar X @Ministry of Foreign Affairs of Japan
TOKYO: Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung pada Sabtu menggesa Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba untuk memperkukuh kerjasama sebagai respons kepada perubahan dalam perdagangan global dan orde keselamatan, semasa kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertemuan sebelum Lee bertemu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada awal minggu depan.
Menyifatkan Jepun sebagai "jiran yang berkongsi laman depan," Lee menyuarakan harapan untuk hubungan lebih erat bagi meluaskan kerjasama sambil meminimumkan konflik, lapor agensi berita Yonhap.
"Memandangkan orde antarabangsa dalam perdagangan dan keselamatan tidak menentu, saya percaya Korea Selatan dan Jepun, yang berkongsi kedudukan serupa dari segi nilai, susunan antarabangsa dan ideologi, mesti memperkukuh kerjasama mereka lebih daripada sebelumnya," kata Lee dalam ucapan pembukaannya.
Ishiba menyambut baik sentimen itu, sambil menekankan kepentingan kerjasama dua hala dan tiga pihak dengan AS.
"Memperkukuh kerjasama antara Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat adalah sangat penting. Keamanan dan kestabilan tidak akan tercapai melainkan kita melakukan usaha yang aktif dan perkara ini lebih benar dalam era yang bergelora seperti ini," kata Ishiba.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Lee kerana memilih Jepun sebagai destinasi dua hala pertamanya sebelum melawat AS.
Pertemuan itu menandakan perbincangan bersemuka kedua Lee dengan Ishiba, selepas pertemuan mereka di sidang kemuncak Kumpulan Tujuh (G7) di Kanada pada Jun.
Dalam satu temu bual bertulis bersama dengan empat akhbar Jepun yang disiarkan sebelum ini, Lee menyatakan harapan untuk meningkatkan kerjasama dengan Jepun dalam bidang keselamatan dan ekonomi.
Lee berkata, lawatannya kali ini adalah peluang untuk membina hubungan "berorientasikan masa depan," sambil menyatakan bahawa tahun ini menandakan ulang tahun ke-60 normalisasi hubungan diplomatik.
Pada Ahad, Lee dijadual bertemu dengan penggubal undang-undang Jepun sebelum berlepas ke Washington untuk sidang kemuncaknya bersama Trump pada hari berikutnya.
-- BERNAMA