[TERKINI] Sistem Pendidikan Malaysia Berubah Bermula 2027: Darjah Satu Umur 6, Penilaian Murid Tahun 4 & Tingkatan 3 – Ini Perkara yang Ibu Bapa WAJIB Tahu
DUNIA

Hubungan UK-AS diuji dengan krisis Greenland - Setiausaha Perdagangan

Bernama 20/01/2026 | 08:45 MYT
Trump dilapor berkata, akan mengenakan tarif 10% ke atas import dari lapan negara Eropah mulai 1 Februari dan meningkat kepada 25% pada Jun, kecuali perjanjian dicapai untuk membeli Greenland sepenuhnya. - Gambar/ Reuters
LONDON: Hubungan United Kingdom (UK) dengan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sedang diuji oleh krisis Greenland, kata Setiausaha Perdagangan Peter Kyle, lapor PA Media/dpa.


Ringkasan AI
  • Hubungan UK dengan AS diuji oleh krisis Greenland; tarif dikenakan ke negara Eropah bertentangan dengan matlamat Trump menggabungkan wilayah separuh autonomi Denmark.
  • Setiausaha Perdagangan UK, Peter Kyle, menyatakan perbincangan "telus" dengan AS mengenai ancaman tarif; tarif dilihat sebagai dasar "kalah-kalah" dengan "peluang dalam kesukaran" untuk pengeksport British.
  • Trump ancam tarif 10% ke atas beberapa negara Eropah termasuk UK; Kyle menekankan pentingnya tindakan yang berkesan untuk mengurangkan ketidakpastian ekonomi global.


Beliau berkata gangguan semakin normal dalam ekonomi dunia dan kerajaan UK mengadakan perbincangan "telus" dengan pegawai AS mengenai ancaman tarif yang dikenakan ke atas negara Eropah yang bertentangan dengan matlamat Trump untuk menggabungkan wilayah separuh autonomi Denmark.

Kyle berkata tarif ialah dasar "kalah-kalah" dan "pertaruhan sentiasa sangat tinggi" tetapi mungkin terdapat "peluang dalam kesukaran" untuk pengeksport British.

Kerajaan sentiasa berhubung dengan Setiausaha Perdagangan AS Howard Lutnick dan wakil perdagangan AS Jamieson Greer, kata Kyle.

"Kita mempunyai hubungan yang baik dan kukuh. Satu perkara yang saya suka dalam mengenali pentadbiran AS ialah mereka semua pempunyai perwatakan individu dan watak yang sangat unik.

"Saya fikir selalunya apabila anda bertemu dengan wakil kerajaan, kita semua menunjukkan keperibadian kolektif kerajaan supaya orang ramai melihat konsistensi.

"Sebahagian daripada keunikan pentadbiran ini ialah mereka sebuah pentadbiran yang memiliki watak sebenar yang semuanya agak unik dan amat menarik untuk dikenali.

"Tetapi pada saat-saat seperti ini, perhubungan kami diuji. Dan ya, sudah tentu, kami mempunyai perbualan yang berterus-terang.

"Namun dalam pengalaman saya, semua protagonis utama dalam pentadbiran berkembang dalam perbualan yang berterus-terang dan saya tidak akan melakukannya dengan cara lain."

Trump berkata beliau akan mengenakan 10 peratus tarif ke atas import dari UK, Denmark, Norway, Sweden, Perancis, Jerman, Belanda dan Finland mulai 1 Feb sebelum meningkat kepada 25 peratus mulai Jun, melainkan perjanjian dicapai untuk "pembelian lengkap dan keseluruhan Greenland".

Ditanya sama ada tarif boleh dielakkan, Kyle berkata: "Kami melakukan apa yang kami tahu telah berkesan dan melakukan apa yang anda tahu telah berjaya adalah laluan yang lebih selamat untuk berjaya, atau sekurang-kurangnya mengurangkan beberapa ketidakpastian, pada masa seperti ini."

--BERNAMA-PA MEDIA/dpa







#UK #Greenland #ancaman tarif AS #Donald Trump