Hujan beku: Lebih sejuta penduduk Kanada terputus bekalan elektrik

Bernama
April 6, 2023 14:40 MYT
Hujan beku dan angin kencang menyebabkan 1,134,426 rakyat Kanada terputus bekalan elektrik. - Foto AP
MOSCOW: Hujan beku dan angin kencang menyebabkan 1,134,426 rakyat Kanada terputus bekalan elektrik, menurut data portal PowerOutage.ca Kanada pada Khamis.
Menurut penyiar CBC, hujan beku dan angin kencang melanda Montreal dan beberapa bahagian barat daya wilayah itu pada Rabu.
Amaran hujan telah dikeluarkan untuk hampir kesemua kawasan di timur Ontario, menurut laporan itu.
Menurut portal itu, gangguan bekalan elektrik menjejaskan 962,646 orang di wilayah Quebec, 168,559 (Ontario) , 2,828 (British Columbia), 321 (New Brunswick) dan 72 (Newfoundland dan Labrador), lapor Sputnik.
-- BERNAMA
#hujan beku #bekalan elektrik terputus #Kanada #Montreal