awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan bertukar jadi ais, bekalan elektrik terputus di wilayah Great Lakes

Agensi
Agensi
31/03/2025
14:12 MYT
Hujan bertukar jadi ais, bekalan elektrik terputus di wilayah Great Lakes
Lebih daripada 400,000 kes bekalan elektrik terputus dilaporkan di Michigan, Indiana dan Wisconsin. - Reuters
HUJAN lebat dengan kesejukan melampau menumbangkan pokok dan kabel kuasa di Michigan dan Wisconsin di Amerika Syarikat (AS), sekali gus membuatkan ribuan isi rumah bergelap pada Ahad di wilayah Great Lakes.
AP melaporkan, agensi ramalan cuaca turut memberi amaran tentang cuaca buruk yang sedang menuju ke Tennessee.
Wilayah Great Lakes merujuk kepada kawasan dengan rangkaian tasik air tawar besar di sempadan Kanada dan AS, iaitu Tasik Superior, Michigan, Huron, Erie, dan Ontario.
Angin berkelajuan 112 kilometer sejam dilaporkan melanda tengah Tennessee, selain risiko puting beliung dan hujan air batu sebesar 5 sentimeter pada malam Ahad, menurut agensi nasional itu.
"Sedia untuk berlindung di tempat paling selamat," ujar agensi kaji cuaca itu di media sosial.
Lebih daripada 400,000 kes bekalan elektrik terputus dilaporkan di Michigan, Indiana dan Wisconsin. Gereja, sekolah dan dewan serba guna yang masih mempunyai bekalan kuasa diubah menjadi pusat perlindungan sementara kerja-kerja pembaikan dijalankan.
Kerja membaik pulih itu dijangka mengambil masa yang lebih lama, terutamanya di kawasan komuniti kecil dan luar bandar.
Di Alpena County, Michigan, sekitar 16,750 pengguna, sama ada kediaman peribadi mahupun perniagaan, dalam keadaan gelap dan orang ramai berdepan situasi kesejukan. Ramai penduduk masih tidak percaya bahawa musim bunga mereka masih terasa seperti musim salji yang ekstrem.
Topic Berkaitan
#hujan ais
#bekalan elektrik terputus
#great lakes
#salji tebal
#angin kencang
#cuaca buruk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan