DUNIA
Hujan lebat di Korea Selatan ragut 14 nyawa, 12 masih hilang
Anggota tentera Korea Selatan mengalihkan serpihan dari kawasan yang dilanda banjir akibat hujan lebat di Gwangju, 20 Julai 2025. -Foto Yonhap/REUTERS
SEOUL: Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban dan 12 lagi dilaporkan hilang akibat hujan lebat berterusan yang melanda Korea Selatan sejak Rabu, menurut Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan negara itu.
Ringkasan AI
Antara kejadian paling tragik berlaku di bandar peranginan Gapyeong, timur laut Seoul, pada Ahad, apabila tanah runtuh menimbus beberapa rumah dan banjir kilat menghanyutkan kenderaan.
Dua mangsa disahkan maut manakala dua lagi masih belum ditemui.
Di daerah Sancheong, wilayah Gyeongsang Selatan, lapan mangsa ditemui mati dan enam lagi hilang selepas hujan lebat menyebabkan tanah runtuh dan runtuhan rumah.
Jumlah hujan yang direkodkan di kawasan itu mencecah hampir 800 milimeter dalam tempoh lima hari.
Kementerian melaporkan lebih 3,800 penduduk telah dipindahkan dari kediaman masing-masing, manakala lebih 2,000 kes kerosakan harta awam dan persendirian telah didaftarkan, termasuk jalan raya yang tenggelam, kemusnahan kemudahan sungai dan ladang.
Amaran hujan lebat telah ditarik balik pada pagi Ahad apabila cuaca mula cerah, namun Jabatan Meteorologi Korea memberi amaran bahawa gelombang haba dijangka melanda negara itu selepas hujan berhenti.
Pihak berkuasa kini giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan terjejas, termasuk di Gwangju dan Osan, yang turut mencatatkan kematian dan kehilangan mangsa.
Ringkasan AI
- Sekurang-kurangnya 14 orang maut dan 12 hilang akibat hujan lebat berterusan di Korea Selatan, dengan kejadian tanah runtuh dan banjir kilat di beberapa kawasan.
- Lebih 3,800 penduduk dipindahkan dan lebih 2,000 kes kerosakan harta dilaporkan, termasuk rumah, jalan raya dan kemudahan awam.
- Amaran hujan ditarik balik, namun gelombang haba dijangka melanda; operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan di kawasan terjejas.