INTERNATIONAL
Hujan lebat di Pakistan ragut 29 nyawa, 50 cedera

Sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh dan 50 lagi cedera akibat hujan lebat yang melanda Pakistan dalam tempoh 48 jam lepas. - Gambar fail/REUTERS
ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh dan 50 lagi cedera akibat hujan lebat yang melanda Pakistan dalam tempoh 48 jam lepas, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa pada Ahad.
Antara kawasan yang terjejas ialah wilayah Khyber Pakhtunkhwa yang menyaksikan beberapa rumah ranap dan jalan raya terhalang disebabkan tanah runtuh.
Kira-kira 23 orang terbunuh di Khyber Pakhtunkhwa sejak malam Khamis manakala lima lagi kematian dilaporkan di wilayah Balochistan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami