[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

Hujan lebat, ribut kencang terus membadai selatan China

Agensi 23/06/2020 | 10:58 MYT
Di bandar Chongqing, kira-kira 40,000 penduduk berdekatan Sungai Qijiang dipindahkan pada Isnin selepas air naik. - AP
SELEPAS dua minggu, hujan lebat dan ribut kencang terus membadai wilayah selatan China sehingga memaksa pasukan keselamatan melakukan kerja-kerja pemindahan.
Menurut media tempatan, susulan itu, banjir kilat berlumpur menjejaskan kehidupan penduduk setempat di wilayah Guizhou.
Setakat ini, tiga kematian dilaporkan dan sekurang-kurangnya 15,000 penduduk dipindahkan.
Di bandar Chongqing, kira-kira 40,000 penduduk berdekatan Sungai Qijiang dipindahkan pada Isnin selepas air naik.
BACA: China terus dilanda hujan lebat, jejaskan jaringan jalan raya
Pada Selasa, pusat pengkaji cuaca mengeluarkan amaran bahaya susulan keadaan hujan lebat dan ribut kencang dalam masa 24 jam akan datang.
#Chongqing #hujan lebat #ribut kencang #selatan China #wilayah Guizhou