DUNIA
Hujan lebat tambah derita penduduk Gaza - UNRWA
UNRWA mendedahkan, jalan-jalan yang dinaiki air serta air hujan yang meresap ke dalam khemah telah menambah parah keadaan yang sudah sedia buruk. - AP
NEW YORK: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) berkata hujan lebat di Gaza memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang dihadapi ratusan ribu orang, khususnya mereka di kem-kem dan kawasan yang tidak mempunyai perlindungan asas.
UNRWA mendedahkan bahawa jalan-jalan yang dinaiki air serta air hujan yang meresap ke dalam khemah telah menambah parah keadaan hidup yang sudah sedia buruk, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Dalam satu hantaran di X pada Khamis, agensi itu menyatakan bahawa kesejukan melampau, keadaan sesak dan isu kebersihan meningkatkan risiko penyakit dan jangkitan, terutama dalam kalangan kanak-kanak.
UNRWA menegaskan bahawa penderitaan yang semakin memuncak ini boleh dielakkan sekiranya bantuan kemanusiaan dapat disalurkan tanpa halangan, termasuk bekalan perubatan dan bahan perlindungan yang mencukupi bagi membolehkan keluarga menghadapi musim sejuk.
-- BERNAMA