DUNIA
Hujan lebat tenggelamkan khemah warga Palestin di selatan Semenanjung Gaza
Seramai 1.5 juta rakyat Palestin kini dipindahkan di Semenanjung Gaza, hidup dalam keadaan amat kritikal dengan akses terhad kepada keperluan asas dan perkhidmatan penting. - Reuters
BANDARAYA GAZA: Hujan lebat menenggelamkan puluhan khemah yang menempatkan penduduk Palestin yang dipindahkan di selatan Semenanjung Gaza ketika cuaca buruk terus melanda wilayah berkenaan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Beberapa khemah musnah akibat hujan lebat di kawasan al-Mawasi di Khan Yunis, manakala khemah lain diterbangkan angin kencang, menurut saksi kepada Anadolu pada Selasa.
"Keadaan di bandar ini amat kritikal berikutan kemusnahan kebanyakan jalan serta rangkaian pembetungan air dan kumbahan akibat serangan Israel," kata jurucakap Majlis Perbandaran Khan Yunis, Saib Luqan, kepada Anadolu.
Menurut pihak berkuasa tempatan, tentera Israel telah memusnahkan 220,000 meter linear rangkaian jalan sepanjang dua tahun lepas.
Hampir 900,000 penduduk di Khan Yunis kini berdepan keadaan yang "tragis dan suram" susulan cuaca buruk, kata Luqan.
Beliau berkata pasukan perbandaran sedang berusaha membantu pelarian yang terjejas meskipun berdepan kekurangan peralatan.
Menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza, seramai 1.5 juta rakyat Palestin kini dipindahkan di Semenanjung Gaza, hidup dalam keadaan amat kritikal dengan akses terhad kepada keperluan asas dan perkhidmatan penting akibat sekatan berterusan Israel.
Sejak Oktober 2023, tentera Israel telah membunuh hampir 70,000 penduduk di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan lebih 170,900 orang dalam serangan selama dua tahun yang memusnahkan sebahagian besar wilayah itu.
-- BERNAMA