DUNIA
Hujan lebat tenggelamkan ratusan khemah rakyat Palestin di Gaza
Ratusan khemah yang menempatkan keluarga kehilangan tempat tinggal ditenggelami air di kawasan Chalet, barat Bandaraya Gaza, ketika wilayah itu dilanda sistem tekanan rendah yang baharu. - Gambar/ X @EyeonPalestine
BANDARAYA GAZA: Hujan lebat menenggelamkan ratusan khemah yang menempatkan rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Semenanjung Gaza pada Isnin dan mengakibatkan beberapa kecederaan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Ringkasan AI
Seorang wanita mengalami kecederaan tahap sederhana selepas dinding sebuah rumah runtuh dan menghempap khemahnya di barat Bandaraya Gaza, menurut sumber perubatan kepada Anadolu.
Menurut saksi, ratusan khemah yang menempatkan keluarga kehilangan tempat tinggal ditenggelami air di kawasan Chalet, barat Bandaraya Gaza, ketika wilayah itu dilanda sistem tekanan rendah yang baharu.
Saksi berkata angin kencang menyebabkan kerosakan meluas terhadap puluhan khemah dan menerbangkan banyak daripadanya, ketika penduduk cuba mengukuhkan khemah masing-masing serta menyelamatkan harta benda mereka daripada banjir.
Hujan lebat itu berlaku beberapa hari selepas sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin terkorban akibat ribut kuat yang melanda wilayah Palestin itu, menyebabkan kerugian langsung awal sebanyak US$4 juta, menurut Pejabat Media Kerajaan.
Ketua Kesatuan Majlis Perbandaran Gaza Yahya al-Sarraj memberi amaran mengenai kesan serius akibat sistem tekanan rendah baharu itu.
"Kekurangan bahan api yang genting memburukkan lagi keadaan malapetaka di Gaza dan menjejaskan usaha mengendalikan jentera serta stesen pam, terutama ketika cuaca buruk," katanya.
Sarraj turut memberi amaran mengenai kemungkinan runtuhan bangunan kediaman yang rosak dan dijadikan tempat perlindungan oleh penduduk yang hilang tempat tinggal, sekali gus mengancam nyawa orang awam.
Menurut Pejabat Media Gaza, 13 bangunan yang sebelum ini musnah akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza runtuh semasa ribut baru-baru ini.
Beliau merayu agar bantuan kecemasan disalurkan dengan segera, termasuk pakaian musim sejuk, selimut, tilam dan kaedah pemanasan yang selamat, bagi mengurangkan penderitaan penduduk dalam keadaan cuaca yang teruk.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Hujan lebat tenggelamkan ratusan khemah di Gaza, menyebabkan kecederaan pada penduduk yang kehilangan tempat tinggal dan merosakkan harta benda.
- Sistem tekanan rendah yang melanda Gaza turut menyebabkan kerosakan pada khemah serta potensi runtuhan bangunan kediaman yang rosak.
- Ketua Majlis Perbandaran Gaza menyeru bantuan kecemasan untuk memenuhi keperluan penduduk yang terjejas, termasuk pakaian musim sejuk dan alat pemanasan.