awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan lebat tenggelamkan ribuan khemah penduduk yang hilang tempat tinggal di semenanjung Gaza

Bernama
Bernama
10/12/2025
14:17 MYT
Hujan lebat tenggelamkan ribuan khemah penduduk yang hilang tempat tinggal di semenanjung Gaza
Hujan lebat menenggelamkan ribuan khemah yang menempatkan penduduk yang hilang tempat tinggal di Semenanjung Gaza pada Rabu. - Gambar fail/REUTERS
BANDARAYA GAZA/ISTANBUL: Hujan lebat menenggelamkan ribuan khemah yang menempatkan penduduk yang hilang tempat tinggal di Semenanjung Gaza pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi.

Ringkasan AI
  • Hujan lebat tenggelamkan ribuan khemah di Gaza, menyebabkan keadaan kritikal bagi penduduk yang kehilangan tempat tinggal.
  • Paras air melebihi 40 sentimeter di beberapa khemah, jurucakap Pertahanan Awam memberi amaran mengenai "bencana kemanusiaan yang bakal berlaku".
  • Gaza memerlukan sekitar 300,000 khemah dan unit kediaman pasang siap, PBB anggarkan kos pembinaan semula mencecah US$70 bilion akibat serangan Israel.

Hujan bermula sebelum subuh, menyebabkan ribuan khemah di beberapa kawasan dalam wilayah itu ditenggelami air.
Menurut wartawan Anadolu, paras air melebihi 40 sentimeter di dalam beberapa khemah.
Jurucakap Pertahanan Awam, Mahmoud Basal, dalam kenyataan video memberi amaran mengenai "bencana kemanusiaan yang bakal berlaku" akibat keadaan cuaca buruk ketika ini.
Menurut ramalan cuaca, hujan dijangka berterusan di Gaza sehingga Jumaat.
Basal berkata bantuan yang memasuki Gaza masih jauh daripada mencukupi untuk memenuhi keperluan 2.4 juta penduduk yang berdepan krisis kemanusiaan yang teruk, sambil menggesa tindakan segera komuniti antarabangsa.
Pada Selasa, Pejabat Media Kerajaan Gaza memberi amaran bahawa sistem tekanan rendah kutub akan melanda wilayah itu mulai Rabu hingga petang Jumaat, menjejaskan ratusan ribu keluarga yang hilang tempat tinggal.
Menurut data terdahulu daripada pejabat media itu, Gaza memerlukan sekitar 300,000 khemah dan unit kediaman pasang siap untuk memenuhi keperluan asas perlindungan rakyat Palestin selepas infrastruktur dimusnahkan dalam dua tahun serangan Israel di Semenanjung Gaza.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan kos pembinaan semula Gaza mencecah kira-kira US$70 bilion akibat serangan Israel, yang telah meragut lebih 70,000 nyawa rakyat Palestin dan mencederakan lebih 171,000 yang lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#hujan lebat
#banjir
#khemah penduduk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan